Resepi Semperit Klasik Sukatan Cawan Biskut Dahlia Tradisional Rangup Gebu Sedap

Resepi Semperit Klasik Sukatan Cawan Mudah Lembut Gebu Rangup Paling Sedap. Ini dia satu lagi resepi biskut raya mudah sukatan cawan yang saya tidak pernah tinggalkan setiap kali menjelang tibanya hari raya aidilfitri. Tak perlu viral pun orang dah kenal sebab antara kuih raya tradisional orang melayu kita. Boleh katakan jarang-jarang kalau pergi beraya rumah orang tak jumpa kuih semperit klasik dalam bekas kuih raya kan. Ada sesiapa nak tahu cara buat semperit sukatan cawan ? Jom saya kongsikan resepi kuih semperit klasik sukatan cawan untuk rujukan semua. Semoga bermanfaat ya.


Resepi Biskut Semperit Klasik Sukatan Cawan
Resepi Semperit Klasik Sukatan Cawan


Resepi Biskut Semperit Klasik Sukatan Cawan Senang Cepat Ringkas

Bahan untuk biskut semperit klasik mudah :

Kuih Semperit Klasik Sukatan Cawan
Resepi Kuih Semperit Klasik Sukatan Cawan



Bahan A


  1. Satu cawan butter
  2. Setengah cawan susu pekat manis atau tiga per empat cawan gula castor ( blender halus dan sukat )
  3. Pewarna kuning sikit
  4. Esen vanilla sikit
  5. Dua sudu makan susu tepung ( optional )

  • Kacau sampai sebati guna senduk


Bahan B


  1. Satu cawan tepung gandum cap ros
  2. Satu cawan tepung jagung

  • Masukkan ke dalam adunan butter tadi dan kacau rata


Bahan C


  1. Dua cawan tepung kastard

  • Masukkan dua cawan tepung custard sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.


Bahan D


  1. Kuning Telur
  2. Pewarna kuning sikit

  • Campurkan kedua-dua bahan D dalam satu bekas
  • Asingkan seketika.

Biskut Semperit Klasik Sukatan Cawan



Cara Buat Semperit Klasik


Biskut Semperit Klasik Sukatan Cawan
Resepi Biskut Semperit Klasik Sukatan Cawan


Cara Membuat Semperit Klasik :


  1. Terap guna acuan yang disukai
  2. Sapukan kuning telur yang telah ditambah dengan sedikit pewarna kuning

Semperit Klasik Sukatan Cawan

Step akhir, panaskan dulu oven pada suhu  170 selama lima minit dan kemudian bakar kuih semperit klasik pada suhu 160 selama lima belas minit atau sehingga keperangan bergantung kepada oven masing-masing ya. Siap.

No comments:

Post a Comment

×