Resepi Biskut Nestum Sukatan Cawan Rangup Mudah Simple. Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak kongsikan resepi biskut nestum tradisional dari mak mentua yang saya cintai sepanjang masa. Biskut nestum adalah biskut raya yang wajib ada di rumah saya setiap kali raya. Biskut nestum ni mungkin hanya orang dulu dulu je kot yang kenal, orang sekarang tak pasti. Kalau sekali pandang mesti orang akan ingat biskut kelapa cina.

Nostalgia biskut nestum yang mudah dan sedap ni pun saya ada tau. Dulu masa arwah opah ( ayah mertua punya mak ) masih ada, opah kompem suruh mak mertua saya buatkan biskut nestum banyak-banyak dan simpan dalam balang. Kemudian, Opah akan simpan bawah katil. Sesiapa yang nak kena buat permohonan dengan opah dulu. Kalau lulus dia kasi satu. Kalau tak lulus melopong lah jawabnya. Ini semua gara-gara anak-anak dan cucu-cucu dia semua yang pernah sekali makan sampai habis tak sempat nak hidangkan kat tetamu pada hari raya. Marah lah opah nya. Jadi untuk tahun seterusnya opah terus ambil langkah berjaga-jaga agar perkara sama tidak berulang lagi.

Eh, biskut nestum tradisi rasa dia unik tau, jika dah mula makan, mesti susah nak berhenti.. Ada sesape yang suka dan pernah makan biskut nestum tak sebelum ni? Kepada yang belum pernah lagi, jom saya kongsikan resepi biskut nestum mudah sukatan cawan :


Biskut Nestum Sukatan Cawan
Resepi Biskut Nestum Sukatan Cawan


Resepi Biskut Nestum Tradisional Sukatan Cawan

Resepi Biskut Nestum Mudah
Biskut Nestum Mudah


Bahan untuk resepi biskut nestum simple :

  1. Satu kotak kecil cornflakes
  2. Satu tin kecil nestum
  3. Satu cawan penuh planta
  4. Enam sudu besar madu
  5. Tiga per empat cawan gula


*mesti guna cawan yang sama untuk sukatan.

Nestum Cookies Recipe
Nestum Cookies Resepi


Cara Buat Biskut Nestum

Biskut Nestum Rangup Sukatan Cawan
Resepi Biskut Nestum Rangup Sukatan Cawan


Cara membuat biskut nestum :

  1. Ramas cornflakes sampai hancur. Tapi jangan terlalu halus sebab nanti sudah nak bakar dan tekstur jadi tak rangup.
  2. Seterusnya, masukkan nestum.
  3. Gaul cornflakes yang telah kita hancurkan tadi dengan nestum sampai sebati
  4. Dalam bekas lain, masukkan planta, madu serta gula.Kacau sampai sebati guna senduk kayu.
  5. Kemudian, masukkan ke dalam nestum dan cornflakes tadi.
  6. Gaul guna tangan hingga nestum tadi tidak berderai dan basah-basah. Andai kata masih nampak berderai dan kering, sila tambah planta serta gula.
  7. Masukkan adunan ke dalam acuan.
  8. Tekan sampai padat supaya nanti bila keluarkan dari acuan, kuih tidak berderai.


Biskut Nestum Sukatan Cawan Resepi
Biskut Nestum Sukatan Cawan


Step akhir, bakar pada suhu 180 selama enam minit guna api atas bawah. Siap sedia untuk dihidangkan. Tunggu sejuk sikit baru simpan dalam bekas kedap udara. Cara buat biskut nestum mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali ya.