Resepi Dadih Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan Homemade Segera Simple. Salam semua. Hari ini saya nak kongsikan cara nak buat dadih paling mudah dan sedap. Cuaca panas-panas ni eloklah dijadikan santapan untuk basahkan tengkuk. Ada yang suka tak makan dadih ? Untuk pengetahuan semua, kalau nak masak dadih ni, air dan sukatan agar-agar kena betul. Jika terlebih air tak jadi, terlebih agar-agar pun tak boleh nanti akan jadi lengkong nanti. Jadi kenalah berhati-hati sikit ye. Sekarang, jom saya kongsikan resepi dadih sukatan cawan yang sedap dan mudah :


Dadih Mudah Sukatan Cawan
Resepi Dadih Mudah Sukatan Cawan


Resepi Dadih Homemade Sukatan Cawan

Dadih Mudah Sukatan Cawan
Resepi Dadih Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi dadih segera :


  1. Dua liter air ( saya sukat guna botol mineral )
  2. 10 gram agar-agar tali ( kalau terbeli yang 20 gram, sila bahagi kan kepada dua tau jadi 10 gram setiap satu)
  3. 200 gram coffeemate (jika tidak suka boleh tukar guna susu tepung)
  4. Satu tin susu cair
  5. Satu cawan gula ( jika suka manis letak dua cawan gula)
  6. Perisa (ikut suka kesukaan anda)


Cara Buat Dadih Mudah
Cara Buat Dadih Simple


Cara Buat Dadih Sukatan Cawan

Dadih Resepi Mudah
Dadih Resepi Segera


Cara buat dadih sedap  :


  1. Masukkan 2 liter air ke dalam periuk dan guna api besar sampai mendidih.
  2. Kecilkan api dan masukkan agar agar tali
  3. Masak sampai agar-agar hancur
  4. Masukkan gula. Kacau.
  5. Masukkan susu cair satu tin. Kacau
  6. Masukkan coffemate. 
  7. Kacau rata hingga mendidih dan tutup api dapur.
  8. Tapis dan masukkan ke dalam beberapa bekas berlainan. 
  9. Bubuh perisa yang anda inginkan untuk setiap bekas.
  10. Macam saya buat tiga bekas untuk tiga perasa iaitu milo, jagung dan keladi.


Dadih Aiskrim Sukatan Cawan
Resepi Dadih Aiskrim Sukatan Cawan


Step akhir, . tuang dalam bekas yang lebih kecil/ cawan plastik. Biarkan sejuk seketika pada suhu bilik. Kemudian, simpan dalam peti ais selama dua hingga tiga jam sebelum makan.  Kalau ada yang suka dadih aiskrim, letaklah pada bahagian sejuk beku ye. Cara buat dadih guna agar agar mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan semoga ketemu lagi di lain hari.