Resepi Karipap Mini Serunding Ikan Rangup Tahan Lama Inti Sedap Simple. Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Apa khabar ? Harap sihat sejahtera lah semua ye. Sekarang saya sambil-sambil duduk kat rumah jaga anak, saya ada buat karipap mini inti ikan untuk tempahan. Alhamdulillah, maklum balas dari pelanggan semuanya positif lagi.Rangup dan tahan lama mereka cakap. Resepi karipap mini inti serunding ikan saya dapat dari seorang mak cik yang meniaga kat pasar. Dia asalnya dari Kelantan. Hijrah untuk cari rezeki kat sini. Dah sepuluh tahun lebih juga lah dia cakap dia bisnes karipap mini serunding ikan ni. Sesiapa yang nak cuba boleh ambil resepi karipap mini mudah dan sedap dekat bawah.

Karipap Mini Rangup Tahan Lama
Resepi Karipap Mini Rangup Tahan Lama


Resepi Karipap Mini Serunding Ikan Rangup Tahan Lama

Bahan untuk resepi karipap mini kelantan :

Bahan untuk doh karipap mini atau resepi kulit karipap mini :

  1. 250 gram tepung gandum
  2. 50 gram majerin  ( panaskan )
  3. Setengah sudu teh garam halus
  4. 110 ml air sejuk


Cara Buat Doh Karipap Mini

Cara Membuat Doh Karipap Mini :


  1. Masukkan tepung ke dalam bekas yang anda sediakan
  2. Panaskan margerin dan tuang ke dalam tepung semasa masih suam. Gaul hingga sebati
  3. Masukkan air yang telah dilarut bersama garam sedikit demi sedikit.
  4. Adunan jangan terlalu keras atau lembik. Sedang sedang sahaja ya.
  5. Uli secukupnya dan rehatkan selama lima belas minit.
.Sementara menunggu doh berehat. Jom kita buat serunding ikan selayang untuk dijadikan inti karipap mini.


Resepi Serunding Ikan Selayang Tanpa Santan

Serunding Ikan Selayang Tanpa Santan
Resepi Serunding Ikan Selayang Tanpa Santan


Bahan untuk resepi inti karipap mini :


  1. Satu kilogram ikan selayang
  2. Sepuluh biji cili kering*
  3. Dua inci halia*
  4. Dua inci lengkuas*
  5. Dua batang serai*
  6. Empat ulas bawang putih*
  7. Enam atau tujuh ulas ulas bwang merah*
  8. Garam dan gula secukup rasa.

Cara Buat Serunding Ikan Selayang

Cara Buat Inti Karipap Mini :


  1. Sediakan periuk dan rebus ikan selayang dengan air dan asam keping. Bila ssudah masak, biarkan seketika untuk sejuk. Kemudian ambil isi ikan dan blend dengan air rebusan tadi.
  2. Seterusnya, tumis bahan kisar ( yang bertanda * ) sampai naik bau.
  3. Masukkan isi ikan yang telah kita blend tadi.
  4. Masak sampai kering.
  5. Siap serunding ikan untuk dijadikan inti karipap mini.

Cara Buat Karipap Mini Rangup

Cara Buat Karipap Mini Serunding Ikan :


  1. Canaikan doh yang kita rehatkan tadi (saya guna mesin),  letak dalam acuan
  2. Letak inti serunding ikan selayang.
  3. Sapukan doh dengan putih telor di keliling acuan. Fungsinya agar tepung melekat serta tidak terbuka sewaktu proses menggoreng.


Karipap Mini Serunding Ikan Selayang
Resepi Karipap Mini Serunding Ikan Selayang

Step akhir, panaskan minyak dan goreng guna api sederhana hingga warna bertukar keemasan atau sampai masak. Cara buat karipap mini mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi. Oh ya, satu lagi kalau nak dapatkan serundingkan yang lebih sedap, sila tambah bawang goreng dalam inti dan blendkan sekali. Selamat mencuba.