Resepi Kek Bahulu Bakar Sukatan Cawan Lembut Gebu Mudah Dan Sedap Tradisional. Salam semua. Cuaca mendung gelap je pagi ni, perut pun bukan main berbunyi awal. Makanya kita sarapan dulu dengan kek bahulu yang lembut dan gebu yang saya buat malam tadi. Cara nak buat kek bahulu mudah ja, godek-godek sat kat dapur dalam empat puluh minit siap semua keluar dari oven.Terus kena serang dengan anak-anak. Nasib baik tinggal sikit lagi, boleh saya buat alas perut sebelum sediakan makan pagi rasmi kejap lagi. Hampa semua sarapan apa pagi ni ? Yang nak resepi kek bahulu mudah sukatan cawan boleh ambil dekat bawah :

Kek Bahulu Sukatan Cawan
Resepi Kek Bahulu Sukatan Cawan


Resepi Kek Bahulu Kukus Sukatan Cawan Simple Pekak Ringkas


Kek Bahulu Bakar Sukatan Cawan
Resepi Kek Bahulu Bakar Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi kek bahulu gebu :

  1. Satu cawan telur ( jika guna telur gred A 3 biji sahaja )
  2. Setengah cawan gula ( jika suka manis sila lebihkan)
  3. Satu cawan tepung gandum
  4. Esen vanilla sikit
  5. Coklat chips/ kismis ( tak letak pun takpe, saya letak coklat chips sikit sebab ada stok kat dapur )


Kek Bahulu Bakar
Kek Bahulu Resepi


Cara Buat Kek Bahulu

Kek Bahulu Kukus Sukatan Cawan
Resepi Kek Bahulu Kukus Sukatan Cawan



Cara Membuat Kek Bahulu :

  1. Mixer telur dengan gula hingga adunan naik kembang 3x ganda (sampai putih berbuih ) 
  2. Seterusnya, masukkan esen vanilla serta tepung gandum 
  3. Kaup balikkan hingga sebati
  4. Tuang dalam loyang ( jangan lupa griskan loyang dulu guna minyak atau majerin ya )


Kek Bahulu Sukatan Cawan Resepi
Kek Bahulu Sukatan Cawan


Step akhir, panaskan oven lima minit dan bakar pada suhu 180 guna api atas bawah selama setengah jam atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Siap. Tunggu sejuk sikit baru potong. 


Kek Bahulu Kukus
Kek Bahulu Bakar


Kepada yang lebih suka buat kek bahulu kukus, adunan sama dan tempoh kukus pun sama sahaja selama setengah jam. Biasa kalau kek bahulu yang di kukus sesetengah orang panggil sebagai kek ambong jika tak silap saya lah. Ok lah saya ada kerja sikit ni. Kalau takde aral melintang, kita jumpa lagi di lain hari. Salam dan selamat mencuba semua.