Resepi Ketayap Kelapa Tanpa Telur Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap Simple. Siap rezeki kami satu keluarga untuk makan petang nanti, kuih ketayap inti kelapa yang lembut dan sedap. Dalam banyak-banyak kuih muih tradisional orang Malaysia, kuih ketayap pandan adalah salah satu kuih yang paling saya gemar. Ketagih gitu, kalau makan satu kompem tak cukup punya lah. Ada tak yang suka kuih ketayap jugak ? Kita geng. Okeylah, jom saya kongsikan resepi kuih ketayap tanpa telur untuk rujukan semua.

Ketayap Sukatan Cawan Tanpa Telur
Resepi Ketayap Sukatan Cawan Tanpa Telur


Resepi Kuih Ketayap Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

Kuih Ketayap Sukatan Cawan
Resepi Kuih Ketayap Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi kuih ketayap lembut dan sedap :

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Lima helai daun pandan
  3. Dua cawan santan
  4. Garam sikit

Cara Buat Kuih Ketayap Mudah

Cara Buat Kuih Ketayap Tanpa Telur :

  1. Blend daun pandan dengan santan. Tapiskan.
  2. Seterusnya masukkan ke dalam tepung gandum.
  3. Masukkan garam sikit.
  4. Gaul hingga sebati.
  5. Kalau nak tambah pewarna pun boleh. Ikut suka.
  6. Asingkan seketika.


Resepi Inti Kelapa Kuih Ketayap

Cara Buat Inti Kuih Ketayap
Resepi Inti Kuih Ketayap Sedap


Bahan untuk resepi ketayap inti kelapa :

  1. Setengah  biji kelapa ( putih sahaja )
  2. Tiga sudu besar gula merah
  3. Dua sudu besar gula putih
  4. Sehelai daun pandan
  5. Setengah cawan air
  6. Satu sudu makan tepung gandum.


Cara Buat Inti Kelapa Kuih Ketayap

Cara membuat inti kuih ketayap :

  1. Masak air bersama gula merah dan gula putih serta daun pandan sampai gula larut
  2. Masukkan kelapa dan kacau sampai kering.
  3. Seterusnya masukkan satu sudu makan tepung gandum untuk elak inti berderai.


Cara Membuat Kuih Ketayap Mudah

Ketayap Kelapa Sukatan Cawan
Resepi Ketayap Kelapa Sukatan Cawan



Cara membuat kuih ketayap sedap :

  1. Panaskan kuali serta.sapu sedikit minyak.
  2. Ambil satu senduk adunan yang kita sediakan tadi dan masukkan dalam kuali
  3. Lenggangkan agar menjadi bulat.
  4. Tutup guna tudung periuk
  5. Bila kulit kuih ketayap sudah kering angkat


Kuih Ketayap Tanpa Telur
Ketayap Tanpa Telur


Step akhir, letak inti pada bahagian tengah dan gulung kemas-kemas. Siap untuk di ngap bersama ahli rumah atau di hidangkan kepada tetamu. Cara buat ketayap mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali.