Resepi Mee Rebus Tulang Johor Bahru Asli Original Gearbox Jb. Dah makan tengahari ke semua ? Asyik makan nasi je tiap-tiap hari.. Jadi hari ini saya sediakan mee rebus tulang jb untuk santapan ahli rumah. Puas hati dan rasa dihargai gitu sebab habis licin. Suami puji dan salah seorang anak cakap mee rebus tulang johor paling sedap yang dia pernah makan. Rasa nak melompat-lompat je tadi tapi tu lah tak boleh tunjuk sangat nanti apa kata diaorang pulak. Esok-esok kalau ada stok tulang lembu boleh lah ibu buat lagi kalau semua suka ye. Ada sesetengah orang tak suka nak buat mee rebus jb sebab rasa macam banyak step. Bagi saya, nampak sahaja macam renyah tapi cara nak buat mee rebus tulang johor bahru mudah sangat. Jom saya kongsikan mee rebus tulang johor resepi step by step :

Mee Rebus Tulang Johor Bahru
Resepi Mee Rebus Tulang Johor Bahru


Resepi Mee Rebus Johor Asli Ori Tradisional Mudah Sedap Simple

Bahan untuk resepi mee rebus tulang jb :

Mee Rebus Tulang Johor Bahru
Mee Rebus Tulang Johor Resepi


Bahan A

  1. Satu kilogram mee kuning  ( celur )


Bahan B-Blend

  1. Enam tangkai lada kering
  2. Tujuh biji bawang merah
  3. Tiga biji bawang putih
  4. Halia sikit
  5. Dua batang serai
  6. Dua sudu udang kering
  7. Tiga sudu serbuk kari daging


  • Blend semua bahan diatas sampai sebati.


Bahan C


  1. Satu sentimeter Lengkuas  ( ketuk )
  2. Tulang lembu  (rebus dan air rebusannya  simpan)
  3. Empat hingga lima biji keledek (rebus dan lenyek)
  4. Tiga sudu besar tauchu (Lenyek )
  5. Dua sudu kacang tanah ( tumbuk )
  6. Bahan perasa ( optional )
  7. Garam
  8. Gula

Mee Rebus Johor Asli
Resepi Mee Rebus Johor Asli



Cara Buat Mee Rebus Tulang Johor Bahru

Resepi Mee Rebus Tulang Simple
Resepi Mee Rebus Tulang Sedap


Cara membuat mee rebus tulang johor :

  1. Panaskan minyak
  2.  Tumis bahan yang kita blend tadi hingga pecah minyak
  3. Masukkn lengkuas.
  4. Masukkan tulang lembu serta air rebusan nya.
  5. Masukkan keledek yang telah dilenyek, kacang tanah dan tauchu.

Mee Rebus Tulang JB
Mee Rebus Tulang Johor Bahru

Step akhir, masukkn bahan perasa, garam dan gula. Siap. Hidangkan bersama taugeh, telur rebus, bawang goreng, daun sup, tauhu goreng, cili api dan limau kasturi. Cara buat mee rebus tulang johor mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain waktu.