Resepi Sambal Hitam Kuala Lipis Pahang Paling Mudah Dan Sedap. Dah balik kerja ke semua ? Petang ini saya nak belanja resepi sambal hitam pahang yang mudah dan sedap. Kalau ada sambal hitam belimbing buluh pahang kompem makan nasi bertambah-tambah. Cara buat sambal hitam pahang simple sangat, kurang lebih dua jam dah siap semua. Modal tak sampai sepuluh ringgit boleh dapat dalam empat bekas. Kalau saya buat jual mahu untung ribu-ribu juga dapat ni sebab harga sambal hitam pahang memang mahal orang jual. Tapi apa salahnya kita berkongsi sama-sama kan. Biar semua dapat merasa baik yang ada ada atau pun yang kurang berkemampuan. Jom saya kongsikan resepi sambal hitam pahang original yang sedap dan mudah :

Sambal Hitam Pahang Online
Resepi Sambal Hitam Pahang Asli


Resepi Sambal Hitam Pahang Paling Sedap Dan Mudah Ringkas Ekspress

Sambal Hitam Pahang Sedap
Sambal Hitam Pahang Resepi


Bahan untuk resepi sambal hitam pahang simple :

Bahan A

  1. Tiga kilogram Buah belimbing buluh ( rebus dan toskan )
  2. Dua genggam Ikan bilis ( blender kasar )
  3. Garam sikit
  4. Gula sikit


Bahan B : Bahan Blender Halus

  1. Dua genggam cabai melaka
  2. Belacan
  3. Bawang besar
  4. Bawang putih.



Cara Membuat Sambal Hitam Pahang

Sambal Hitam Pahang Original
Sambal Hitam Pahang Sedap


Cara Buat Sambal Hitam Pahang :

  1. Tumis bahan blender sampai pecah minyak
  2. Kemudian, masuk kan belimbing yang telah siap direbus dan di tos.
  3. Kacau sampai kering.


Sambal Hitam Ikan Bilis Resepi
Resepi Sambal Hitam Ikan Bilis

Step akhir, perasakan dengan gula dan garam. Siap untuk dihidangkan kepada tetamu yang bertandang ke rumah atau kepada ahli keluarga untuk juadah makan tengahari. Cara nak buat sambal hitam pahang mudah je kan, selamat mencuba semua.