Resepi Bubur Lambuk Terengganu Sukatan Cawan Asli Original Simple Mudah Dan Sedap. Tadi mak mertua minta saya buatkan bubur lambuk terengganu. Ingat nak buat terus tapi tanpa ulam ulaman yang mencukupi mana best. Jadi terus pandu ke pasar berhampiran untuk melengkapkan bahan bubur lambuk terengganu. Puasa tahun lepas dia tak dapat nak makan. Teringin katanya. Rasa bubur lambuk sangat padu dan paling menyihatkan kerana hasil gabungan isi ikan dan ulam-ulaman yang terkandung di dalamnya. Banyak versi sebenarnya resepi bubur lambuk yang sedap misalnya jika di sebelah negeri selangor, masyarakat disana lebih terkenal dengan resepi bubur lambuk kampung baru. Begitu juga negeri kelantan yang mempunyai resepi bubur lambuk kelantan yang tersendiri. Apa-apa pun hari ini saya ingin kongsikan resepi bubur lambuk terengganu original yang saya dapat dari seorang kenalan yang menetap disana :

Bubur Lambuk Terengganu
Resepi Bubur Lambuk Terengganu


Resepi Bubur Lambuk Terengganu Sedap Mudah Simple Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi bubur lambuk terengganu mudah :

Cara Buat Bubur Lambuk Terengganu
Cara Masak Bubur Lambuk Terengganu


Bahan A

  1. Satu cawan beras (dapat mkn dalam 12 orang)
  2. Satu per tiga cawan santan
  3. Dua sudu teh lada hitam (di tumbuk) - jika suka makan pedas sila lebihkan lada hitam.
  4. Lima hingga tujuh ulas bawang merah (di tumbuk)
  5. Dua ulas bawang putih (di tumbuk)
  6. Setengah kilogram ikan selayang (di rebus dan di tumbuk)
  7. Garam secukup rasa
  8. Gula secukup rasa
  9. Dua sudu teh budu ( saya guna budu cap ketereh je)
  10. Tiga per empat cawan air kosong (boleh kurangkan )


Bahan B : Ulam- ulaman

  1. Pucuk midin
  2. Daun cekak manis
  3. Daun kaduk
  4. Daun gambas
  5. Daun kesom
  6. Ubi keledek atau ubi stelle( orang terengganu panggil)
  7. Dan lain-lain yang anda gemari.
Bubur Lambuk Terengganu Recipe
Bubur Lambuk Terengganu Resepi


Cara Buat Bubur Lambuk Terengganu


Bubur Lambuk Terengganu Sukatan Cawan
Resepi Bubur Lambuk Terengganu Sukatan Cawan


Cara membuat bubur lambuk terengganu :

  1. Tanak beras terlebih dahulu. Jika beras satu cawan air akan saya lebihkan separuh periuk. Barulah bubur masak dengan elok dan cantik. Apabila air beras sudah hampir kering, tutup api.
  2. Rebus ikan selayang yang kita sudah sediakan sampai masak Air rebusan ikan tersebut jangan di buang,  campurkan ke dalam bubur yang telah siap kita tanak tadi.
  3. Seterusnya masukkan santan dan bahan-bahan yang telah di tumbuk ke dalam bubur .Kacau rata sampai sebati.
  4. Apabila bubur sudah mendidih. Masukkan pula ulam-ulaman.Kacau lagi sampai ulam-ulaman sebati dengan bubur.
  5. Kemudian, masukkan budu, gula dan garam sesedap rasa.
Bubur Lambuk Terengganu Tanpa Santan
Bubur Lambuk Terengganu Sedap


Step akhir, biarkan bubur lambuk mendidih dalam masa lima hingga sepuluh minit sambil kacau sikit sikit. Tutup api dapur dan siap sedia untuk dihidangkan atas meja untuk santapan bersama seisi keluarga. Cara masak bubur lambuk terengganu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali.

> Resepi Bubur Lambuk Kedah Asli Original Tradisional Mudah Sedap Simple