Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan Guna Periuk Noxxa Lembut Simple Viral Mudah Dan Sedap Moist.  Syukur habis licin kek pisang kukus periuk noxxa yang saya sediakan tadi untuk anak-anak dan suami terchenta. Terima kasih encik suami kerna hadiah kan saya sebiji periuk noxxa pada sambutan hari lahir baru-baru ini. Walaupun saya tahu harga periuk noxxa adalah sedikit mahal, tapi melihat kepada fungsinya yang pelbagai dan memudahkan banyak kerja di dapur maka ianya adalah sangat berbaloi-baloi. Ada yang nak tahu cara buat kek pisang periuk noxxa ? Jom saya kongsikan resepi kek pisang kukus simple sukatan cawan pakai periuk noxxa : 

Kek Pisang Noxxa Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Noxxa Sukatan Cawan

Resepi Kek Pisang Periuk Noxxa Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kek pisang periuk noxxa gebu :

Kek Pisang Noxxa Breadmaker
Resepi Kek Pisang Noxxa Breadmaker


Bahan A : Blend


  1. Empat biji pisang
  2. Satu cawan minyak masak
  3. Satu cawan gula
  4. Tiga biji telur
  5. Sedikit esen perasa pisang


Bahan B : Ayak


  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Satu sudu teh soda bikarbonat
  3. Satu sudu teh baking powder


Kek Pisang Kukus Noxxa
Resepi Kek Pisang Kukus Noxxa


Cara Buat Kek Pisang Noxxa

Kek Pisang Kukus Noxxa Sukatan Cawan
Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan


Cara membuat kek pisang noxxa :



  1. Blend semua bahan A
  2. Ayak semua bahan B
  3. Kemudian, satukan bahan yang kita kisar dan bahan ayak tadi.
  4. Kacau kasi rata dan sebati


Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan Periuk Noxxa
Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan Periuk Noxxa


Step akhir, steam selama setengah jam. Siap untuk dihidangkan bagi santapan ahli keluarga ataupun tetamu yang berkunjung ke rumah. Cara buat kek pisang periuk noxxa mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika tiada aral melintang kita jumpa lagi esok lusa ya. Salam.

> Resepi Kek Pisang Tanpa Telur Sukatan Cawan