Resepi Nasi Daging Utara Noxxa Mudah  Simple Air Asam Paling Sedap. Siap sudah menu makan tengah hari kami satu rumah iaitu nasi daging utara yang mudah dan sedap. Kalau dulu bukan main lama nak siapkan tapi sekarang semenjak dua menjak cik suami berbesar hati untuk belikan noxxa pressure cooker semua kerja jadi senang, dan cepat. Hanya memerlukan tujuh minit sahaja. Nasi pun tak perlu risau jadi ke tak, jadi mentah ke bagai. Ada yang nak tau cara memasak nasi daging utara ? Jom tengok resepi nasi daging simple dan sedap :

Resepi Nasi Daging Noxxa Mudah
Resepi Nasi Daging Noxxa Simple



Resepi Nasi Daging Periuk Noxxa

Bahan untuk resepi nasi daging noxxa simple :

Nasi Daging Utara Noxxa Paling Sedap
Resepi Nasi Daging Utara Noxxa Paling Sedap


Bahan A

  1. Tiga pot beras
  2. Satu kilogram daging ( potong sederhana kecil )
  3. Satu tin kecil tomato puree
  4. Satu paket rempah sup adabi
  5. Bawang besar
  6. Bawang putih
  7. Halia
  8. Empat sekawan
  9. Dua sudu minyak sapi
  10. Lima biji cili merah
  11. Enam biji atau lebih cili api  ( ikut tahap kepedasan yang digemari )
  12. Empat helai daun pandan
  13. Garam
  14. Gula
  15. Sis tomato
  16. Sos cili


Bahan B : Bahan Hiasan

  1. Kacang tanah goreng
  2. Kismis
  3. Bawang goreng
  4. Sedikit daun sadri- jika suka


Cara Masak Nasi Daging Noxxa

Cara buat nasi daging simple :


Step Pertama : Rebus Daging


  1. Rebus daging
  2. Masukkan empat ulas bawang putih ( saya belah dua )
  3. Masukkan dua biji bawang besar ( saya belah enam )
  4. Masukkan hirisan halia 
  5. Masukkn sedikit garam
  6. Rebus guna HP30


Dah siap, alihkn air dan daging ke periuk lain untuk seketika. ( Air rebusan daging jangan buang ya, nanti nak guna balik )

Step Kedua

  1. Cuci beras dan toskan
  2. Blend dua labu bawang besar, empat ulas bawang putih, setengah inchi halia dan satu paket rempah sup cap adabi.


Step Ketiga

  1. Setkan Stir fry pada periuk noxxa
  2. Tumis empat sekawan bersama daun pandan hingga naik wangi
  3. Masukkan bahan yang kita blend tadi bersama sedikit garam serta satu tin kecil puree.
  4. Seterusnya masukkan air rebusan tiga setengah pot
  5. Masukkan pula daging dan beras
  6. Tutup
  7. Setkan Hp 7

Nasi Daging Periuk Noxxa
Resepi Nasi Daging Periuk Noxxa



Sambil tungu nasi daging masak. Jom kita buat lauk dia iaitu acar timun dan air asam.

Nasi Daging Air Asam Utara
Resepi Nasi Daging Air Asam Utara



Resepi Acar Timun Nasi Daging

Bahan untuk resepi acar timun nasi daging utara :

Acar Jelatah Nasi Daging Utara
Resepi Acar Timun Nasi Daging Utara

  1. Sebiji timun ( hiris )
  2. Cili merah ( hiris )
  3. Bawang besar ( hiris)
  4. Garam
  5. Gula
  6. Cuka sikit

Cara Buat Acar Timun Nasi Daging

Cara membuat acar timun nasi daging ;

  1. Gaul semua bahan diatas sampai mesra dan sebati.
  2. Siap

Resepi Nasi Daging Air Asam Utara

Bahan untuk resepi air asam nasi daging utara

Cara membuat air asam utara
Cara Buat Air Asam Utara


  1. Blendkn cili merah dan cili api
  2. Sedikit belacan
  3. * macam nak buat sambal belacan
  4. Air rebusan daging
  5. Sos tomato
  6. Sos cili
  7. Sedikit garam
  8. Sedikit gula ( optional sebab air daging dah manis )
  9. Hirisan Tomato
  10. Hirisan bwang

Cara Buat Air Asam Nasi Daging Utara

Cara membuat nasi daging air asam utara :

  1. Gaulkan rata dan sebati
  2. Siap.

Sekarang siap dah semuanya. Apa lagi jemput lah suami dan anak-anak makan bersama. Akhir kalam dari saya, cara masak nasi daging utara mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.

> Resepi Air Asam Kerisik Utara Asli Original Tradisional Mudah Dan Sedap