Resepi Pulut Kuning Tanak Guna Periuk Noxxa Mudah Dan Sedap Simple. Hari ini saya masak pulut kuning untuk anak nombor tiga yang baru sahaja khatam mengaji semalam. Sebelum ini saya ada juga ambil pesanan pulut kuning hantaran pertunangan dan pulut kuning hantaran kahwin, tapi sekarang bila dah beranak pinak dah tak sempat. Harga pulut kuning berhias sudah tentu mampu milik. Saya tak nak bebankan sesiapa lagi lagi mereka yang sedang bercadang mendirikan masjid. Walaupun saya dengan pelanggan tiada kena mengena serta tanpa mengenali antara satu sama lain namun saya memahami situasi ekonomi mereka yang memerlukan banyak kos untuk dikeluarkan..Kalau dulu nak siapkan pulut kuning 1 kg ambil masa sikit tapi sekarang bila sudah memilik periuk noxxa yang di hadiahkan oleh suami tempoh masanya makin singkat. Kerja pun jadi makin mudah. Ada yang nak tau cara masak pulut kuning guna periuk noxxa ? Jom tengok resepi masak pulut kuning noxxa ;
Resepi Pulut Kuning Noxxa Sukatan Cawan |
Resepi Pulut Kuning Simple Kukus Guna Periuk Noxxa
Pulut Kuning Noxxa Resepi |
Bahan untuk resepi pulut kuning kukus noxxa :
Bahan A
- Dua cawan beras pulut
- Satu setengah cawan air
- Setengah cawan pati santan
- Setengah sudu teh garam
- Satu helai daun pandan
- Serbuk kunyit secukupnya
Bahan B : Hiasan
- Telur Ayam
- Pewarna ( ikut suka )
- Dadarkan dan hiris
Cara Buat Pulut Kuning Noxxa
Pulut Kuning Hantaran |
Cara buat pulut kuning periuk noxxa :
- Basuh dan toskan beras.
- Kemudian, masukkan ke dalam inner bersama air, daun pandan serta serbuk kunyit.
- Hp 4 minit
- Bila siap, keluarkan tekanan dan buka tudung periuk.
- Masukkan santan dan gaul sebati.
Pulut Kuning Berhias |
Step akhir, tekan button warm dan tekan on selama 3 minit. Siap. Hiaskan bersama hirisan telur dadar kita sediakan tadi. Cara buat pulut kuning berhias mudah je kan, selamat mencuba semua. Ada masa kita jumpa lagi, salam.
0 Comments