Resepi Kuih Talam Berlauk Sukatan Cawan Cara Membuat Kue Tradisional Melayu Yang Mudah Dan Sedap Paling Simple. Salam dan selamat pagi semua. Syukur kami sekeluarga di beri rezeki talam berlauk kukus yang mudah dan sedap untuk bersarapan tadi. Dulu ada juga saya meniaga kecil kecilan kuih talam berlauk ambil tempahan dari rakan sepejabat suami, jiran tetangga, saudara mara berhampiran tapi sekarang bila anak makin bertambah dan masa makin tidak mengizinkan maka terpaksalah di berhentikan demi memberi tumpuan dan kasih sayang sepenuhnya kepada keluarga. Pelbagai menu yang saya tawarkan antaranya talam berlauk ayam, talam berlauk daging serta talam berlauk udang kering. Sambutan yang diterima sangatlah baik dan maklum balas dari para pelanggan pun positif semua. Secara keseluruhannya boleh dikatakan laku keras tak menang tangan saya di buatnya. Dalam sembilan orang kastemer lapan daripadanya akan kembali order dengan saya. Saya mula-mula belajar resepi talam berlauk mudah dan cara masak talam berlauk dengan ibu mertua di kampung. Dah pandai sikit, saya ubah pula mengikut kretiviti saya sendiri. Ada yang mahu tahu cara buat kuih talam berlauk tak ? Jom tengok dekat bawah resepi talam berlauk simple :


Talam Berlauk Sukatan Cawan
Resepi Talam Berlauk Sukatan Cawan


Resepi Talam Berlauk Ayam Udang Kering Daging Kukus Paling Sedap

Bahan utk resepi talam berlauk sedap :

Kuih Talam Berlauk Sukatan Cawan
Resepi Kuih Talam Berlauk Sukatan Cawan


Bahan A : Tepung


  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Enam sudu besar tepung jagung
  3. Dua biji telur ayam
  4. Satu kotak santan (saya pakai brand seri Murni)
  5. Lima cawan air
  6. Secubit garam


Bahan B : Inti Kuih Talam Berlauk


>  Resepi Inti Talam Berlauk


Cara Buat Talam Berlauk Sedap
Cara Buat Talam Berlauk Sukatan Cawan



Bahan C : Hiasan

  1. Bawang goreng
  2. Daun sup
  3. Hirisan cili
  4. Dan yang dirasakan bersesuaian.


Cara Buat Kuih Talam Berlauk Ayam
Cara Buat Kuih Talam Berlauk Sukatan Cawan



Cara Buat Talam Berlauk

Talam Berlauk Resepi Simple
Talam Berlauk Resepi Mudah


Cara buat kuih talam berlauk :

  1. Satukan semua bahan A dan gaul hingga sebati.  ( Nak lebih mudah blend semua sampai sebati )
  2. Masak adunan tersebut sekejap atas dapur dalam anggaran masa tiga hingga lima minit sampai berwap dan mula pekat. Tutup api dan ketepikan seketika.
  3. Seterusnya, oles loyang dengan minyak
  4. Alas plastik talam dan lengserkan sikit lagi minyak atas plastik.
  5. Ambil adunan yang kita masak tadi, tuang ke dalam loyang.
  6. Panaskan pengukus sekejap, lepas mendidih masukkan loyang
  7. Kukus selama sepuluh hingga lima belas minit.
  8. Kemudian, cakarkan permukaan nya pakai garfu
  9. Tabur inti serta padatkan.
  10. Sambung kukus selama lima hingga sepuluh minit

Resepi Talam Berlauk Daging Ayam
Resepi Talam Berlauk Ayam


Step akhir, buka tudung pengukus dan perlahankan api. Tabur bahan hiasan seperti bawang goreng, daun sup dan hirisan cili. Jika sudah elok boleh tutup api dapur dan angkat. Sekarang siap, tunggu sejuk sebelum potong. Cara membuat talam belauk mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika tiada apa apa aral kita jumpa lagi di lain kali. Salam.