Cara Goreng Ikan Keli Tidak Meletop Membuat Pecel Lele Crispy. Salam dan selamat tengahari semua. Sedang buat apa tu ye ? Saya baru siap bersilat untuk sediakan hidangan makan tengahari kepada ahli keluarga. Salah satu menu kami tadi adalah ikan keli berlada yang mudah dan sedap.  Oleh itu, saya ingin kongsikan sedikit petua goreng ikan keli agar tidak meletup untuk manfaat bersama. Tentu ramai yang suka makan ikan keli goreng yang garing dan tidak berminyak kan. Tapi tidak ramai yang rajin buat sendiri akibat terasa leceh atau takut nak goreng ikan keli kerana kebiasaannya ikan keli akan meletup dan habis dapur kotor terkena percikan minyak.

Goreng Ikan Keli Tanpa Meletop
Goreng Ikan Keli Tanpa Meletup


Cara Goreng Ikan Keli Tanpa Meletup

Cara Goreng Ikan Keli Garing :


  1. Taruk minyak dalam kuali.
  2. Panaskan minyak hingga betul-betul panas. 
  3. Kemudian, taburkan sedikit tepung gandum ke dalam minyak panas tersebut

Goreng Ikan Keli Garing
Cara Goreng Ikan Keli Garing


Step akhir, masukkan ikan keli dan goreng sampai masak. Toskan dan hidangkan atas meja makan bersama nasi putih bagi santapan ahli rumah mahupun kepada para tetamu yang bertandang ke rumah. Cara masak ikan keli tanpa meletup mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika ada masa terluang lagi kita ketemu lagi di lain hari. Salam dan semoga berjaya.