Resepi Talam Kacang Merah Sukatan Cawan Membuat Kueh Tepung Lapis Chef Kitchen Memories Yang Mudah Simple Gebu Dan Paling Sedap. Salam dan selamat pagi semua. Syukur rezeki yang dikurniakan untuk menu sarapan tadi iaitu kuih talam kacang merah tradisional menjadi dengan jayanya. Walaupun agak ringkas namun suami dan anak-anak suka sangat tau kuih lapis talam kacang merah ni. Tadi hingga ada yang berebut rebut nak makan. Ingat petang nanti saya nak buat lagi sekali untuk pusingan kedua. Tak sampai hati pula tengok anak anak tak cukup. Lagipun stok bahan bahan yang digunakan mudah sahaja serta masih banyak di dapur. Ada tak sesiapa yang nak tau cara buat kuih talam lapis kacang merah ? Jom saya kongsikan resepi kuih talam kacang hijau sukatan cawan :

Kuih Talam Kacang Merah Sukatan Cawan
Resepi Kuih Talam Kacang Merah Sukatan Cawan



Resepi Kuih Talam Kacang Merah Tanpa Telur


Bahan untuk resepi kuih tepung talam kacang merah sukatan cawan :


Talam Kacang Merah Sukatan Cawan
Resepi Talam Kacang Merah Sukatan Cawan

Cara Buat Kuih Talam Kacang Merah Sukatan Cawan
Cara Buat Kuih Talam Kacang Merah



Lapisan bawah

  1. Satu cawan tepung beras.
  2. Dua sudu tepung jagung.
  3. Satu cawan kacang merah yang telah siap di rebus sampai empuk serta diblend halus.
  4. Empat sudu makan kacang merah yang sudah direbus empuk ( yang ni jangan tanpa blend ye )
  5. Tiga per empat cawan gula pasir.
  6. Dua setengah cawan santan sederhana cair.
  7. Garam sikit
  8. Pewarna merah
  9. Daun pandan- simpulkan


Cara Buat Kuih Talam Kacang Merah Sukatan Cawan

Cara membuat kuih talam kacang merah :

  1. Masak gula bersama santan dan daun pandan yang telah kita simpul tadi. Ketepikan.
  2. Campurkan air gula dengan tepung tapis.
  3. Kemudian, masukkan kacang merah.
  4. Bancuh semua bahan sehingga sebati.
  5. Kacau atas api dapur sampai berwap.
  6. Tuang ke dalam loyang yang telah di gris dengan minyak,
  7. Panaskan pengukus sekejap dan kukus selama empat puluh minit. Jika pakai acuan kecil dua puluh minit.


Resepi Kuih Tepung Talam Kacang Merah Sukatan Cawan
Resepi Kuih Tepung Talam Kacang Merah

Talam Kacang Merah Resepi
Kuih Talam Kacang Merah Resepi



Lapisan Atas

  1. Satu cawan beras.
  2. Setengah cawan tepung gandum.
  3. Tiga cawan santan.- Saya pakai satu kotak santan kara + dua cawan air.
  4. Garam sikit
  5. Daun pandan.

Cara Buat Talam Kacang Merah

Cara buat kuih tepung talam kacang merah :

  1. Satukan semua bahan diatas.
  2. Kacau atau bancuh sampai sebati.
  3. Kemudian tapis.
  4. Masak atas dapur sampai berwap.
  5. Tutup api dan angkat


Step akhir, tuang adunan lapisan tersebut ke atas lapisan kacang tadi. Kukus sampai masak  Sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan bagi santapan ahli keluarga mahupun kepada para tetamu yang bertandang ke rumah sebagai juadah yang menyelerakan. Cara buat kuih talam kacang merah mudah je kan, selamat mencuba semua. Kalau ada masa lagi, kita jumpa esok untuk resipi lain pula. Salam dan semoga berjaya.