Resepi Laksam Kelantan Sukatan Cawan Masak Kuah Sambal Kelate Asli Original Tradisional. Terlebih rajin  pagi tadi buat laksam untuk ahli keluarga sebagai sarapan. Hendak beli di kedai harga laksam boleh tahan juga. Lagipun kadang kadang tak rasa nya tak padan dengan harga. Yang paling kurang menariknya bila kita terbeli kuah laksam yang agak sedikit hanyir. Nak jumpa yang sedap agak susah, bukan tiada langsung namun agak sukar ye. Jangan tersalah baca pulak. Jadi jalan yang terbaiknya kita buat laksam homemade dekat rumah sendiri. Kompem-kompem kena dengan selera kita kerana kita yang memasak sendiri bahan untuk membuat laksam dan kuah nya. Lagi satu laksam saya tadi saya letakkan sedikit pewarna dalam adunan agar dapat menarik perhatian anak-anak. Syukur anak anak suka makan hinggakan ada yang minta suruh buat lagi lain kali. Ada yang nak tau cara buat laksam sedap ? Jom tengok resepi laksam sukatan cawan yang saya selitkan dekat bawah : 


Laksam Kelantan Sedap Sukatan Cawan
Resepi Laksam Kelantan Sedap Sukatan Cawan


Resepi Laksam Kelantan Mudah Guna Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi laksam kelantan simple ;

Laksam Resepi Kelantan
Laksam Resepi Mudah



  1. Empat cawan tepung beras
  2. Satu cawan tepung gandum
  3. Dua sudu kecil garam
  4. Enam hingga tujuh cawan air ( saya buat sedikit cair kerana bimbang nanti laksam menjadi keras )

Cara Buat Laksam Kelantan Sedap

Cara Buat laksam Kelantan Sukatan Cawan


Cara Nak Kukus Laksam
Cara Kukus Laksam Kelantan
Saya kukus laksam guna pemanggang ajaib sahaja. Cara nak kukus laksam adalah dengan masukkan air secukupnya pada bahagian bawah kuali, letak jaring, letakkan pula penutup periuk. Sebelum itu jangan lupa untuk sapu sedikit minyak ya. Oleh kerana adunan cair. maka saya tuangkan aje. Saya gunakan pengepit sambil pegang tudung periuk ajaib bagi ratakan adunan. Ini saya buat dua warna ya, jika nak buat warna asli tanpa letak pewarna pun boleh. Anak anak saya ni jenis susah sikit nak makan kalau jumpa makanan yang tak biasa diaorang tengok. Jadi terpaksalah kaler kalerkan sikit untuk nampak cantik. Tutup pemanggang ajaib.. Biarkan  selama lima hingga enam minit 5 atau agak-agak  laksam kita sudah gelembung-gelembung boleh lah angkat dan gantikan dengan tudung periuk lain.

Cara Memasak Laksam Kelantan
Cara Masak Laksam Kelantan

Sementara nak masukkan adunan lain,  saya gemar terbalikkan dan biarkan dulu laksam yang sudah masak untuk mendapatkan permukaan laksam yang cantik dan memudahkan proses menggulungnya nanti.


Cara Potong Laksam

Bila dah gulung, potong lah pendek pendek guna pisau atau apa apa alat yang bersesuaian.


Resepi Kuah Laksam Kelantan Sedap

Bahan untuk kuah laksam kelantan resepi :

Kuah Laksam Kelantan Sedap
Resepi Kuah Laksam Kelantan Sedap



Bahan A

  1. Lima ekor ikan sardin saiz besar (direbus serta di asingkan isi dan tulang. Tulang juga di blender dan di tapiskan)*
  2. Tiga bijji bawan besar*
  3. Satu ulas bawag putih*
  4. Dua sudu besar lada hitam (boleh lebihkan ikut selera memasing)*
  5. Sedikit halia ( optional)*
  6. Sedikit belacan ( optional)*


Bahan B

  1. Satu kotak kecil santan kara
  2. Air rebusan jgn dibuang..gunakan utk blender ikan dn kuah.
  3. Dua keping asam keping
  4. Garam dan gula secukup rasa.

Cara Buat Kuah Laksam Kelantan

Cara Masak Kuah Laksam Kelantan

  1. Blender semua bahan A yang bertanda sampai halus.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan kacau
  3. Masukkan garam, gula dan asam keping
  4. Apabila semua bahan sudah agak masak, masuk kan pula santan . Ini petua saya untuk elak santan dan ikan menjadi berketul-ketul. Jangan sampai pecah minyak.
  5. Jika nak kuah menjadi wangi boleh letak daun kesum sikit.

Resepi Ulam Laksam Kelantan

Bahan Ulam untuk Laksam Kelantan :

Ulam Laksam Kelantan
Ulam Untuk Laksam Kelantan

  1. Taugeh
  2. Daur kesom 
  3. Bunga kantan 
  4. Kacang panjang 
  5. Kobis

  • Basuh semua bersih-bersih
  • Toskan
  • Hiris halus-halus.

Cara Buat Sambal Laksam Kelantan

Cara Membuat Sambal Laksam Kelantan

  1. Cili kering ( rebus )
  2. Cili api
  3. Belacan sikit
  4. Gararam
  5. Gula
  6. Perahan limau

  • Tumbuk atau blend semua bahan diatas. Kalau nak cair campur air sikit ya.

Laksam Kelantan Sedap Recipe
Laksam Kelantan Sedap Resepi

Apabila laksam, kuah, ulam dan sambal sudah tersedia. Maka apalagi kita tunggu.




Jom kita makan bersama- sama. Okey lah, cara masak laksam kelantan sedap mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika ada kesempatan kita jumpa lagi di lain hari. Salam dan jemput makan ya.