Resepi Air Aroi Kah Sedap Perisa Susu Caramel Tea Beng Green Tea Coco Choclate Coffee Thai. Salam semua. Dah berhabuk sangat rasanya blog cararesepi.blogspot.my ini. Lama betul tak update. Harap semua dalam keadaan sihat sejahtera lah ye di samping keluarga tercinta. Sempena dah nak dekat dengan bulan puasa, saya dengan rasa rendah diri ingin kongsikan resepi air aroikah yang tengah viral di kalangan masyarakat sekarang. Harga air aroikah boleh tahan juga, kalau tidak silap dalam sepuluh ringgit untuk satu botol. Bila dah pandai buat sendiri dapat lah berjimat cermat dan yang paling penting dapat ikut citarasa dan kepekatan yang kena dengan selera kita.
Resepi Air Aroikah Viral |
Resepi Air Aroikah Mudah Dan Sedap
Bahan untuk resepi air aroikah homemade :
Cara Buat Air Aroikah |
Bahan A
- Satu kotak susu HL ( kalau ingin buat perisa lain boleh juga buat pekat macam pati gitu )
- Susu cair
- Susu pekat
Bahan B
- Cincau
- Biji selasih
Air Aroikah Resepi |
Air Aroikah Viral |
Cara Buat Air Aroikah
Cara membuat air aroikah :
- Satukan semua bahan A ( susu hl, susu cair dan susu pekat )
- Kacau bagi sebati
- Seterusnya, masuk dan simpan dalam peti ais untuk seketika.
- Apabila sudah sejuk, keluarkan
Air Aroikah Kelantan |
Step akhir, ambil gelas atau jug dan masukkan air batu, cincau serta biji selasih. Sekarang siap sedia untuk dihidang kepada ahli keluarga mahupun para tetamu yang berkunjung ke rumah. Cara buat air aroi kah mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain waktu. Semoga berjaya.
0 Comments