Resepi Ikan Keli Berlada Mudah Buat Ala Thai. Salam semua. Ikan keli goreng berlada untuk makan tengah hari tadi. Ikan keli mestilah saya goreng garing-garing agar menjadi lebih rangup dan lebih sedap bila menikmatinya bersama nasi putih panas panas. Petua goreng ikan keli tak meletup saya ada dua kaedah. Pertamanya, selepas ikan keli sudah gaul dengan kunyit dan garam..Bancuh setengah cawan kecil tepung dan masukan satu sudu kecil serbuk kunyit. Kemudian celup ikan keli dalam bancuhan tersebut Seterusnya goreng ikan keli tanpa meletop pong pong pun atas dapur.  Yang keduanya dan yang saya sering amalkan boleh tengok dekat Cara Masak Ikan Keli Tak Meletup . Pilih lah mana mana tips goreng ikan keli tidak meletup yang di sukai dan memudahkan tugasan seharian demi anak anak ya. 

Tapi walaupun saya antara penggemar hidangan ikan keli namun kurang gemar makan ikan keli yang bersaiz besar atau ramai yang memanggilnya sebagai ikan keli gergasi. Jika cik suami keluar memancing pakai umpan ikan keli kolam dan bawa balik ikan keli besar-besar memang simpan dalam peti sahaja lah jawabnya. Mak selalu bagitahu dan pesan kalau kena cara masak dia kan lagi sedap dari yang biasa kerana isinya manis. Cara masak ikan keli gergasi kena potong nipis nipis baru goreng untuk rangup. 

Nanti kalau masa mengizikan saya akan tunjukkan pula cara matikan ikan keli hidup dan cara siang ikan keli hidup serta cara hilangkan hanyir ikan keli dengan betul ya. Tapi tak janji lah dalam tempoh terdekat atau pada tarikh tarikh tertentu. Harap bersabar ye.

Kali ini saya titipkan dulu resepi ikan keli goreng berlada yang sedap dan mudah. Nak guna ikan keli saiz kecik atau ikan keli saiz sederhana pun boleh. Terserah memasing.


Ikan Keli Berlada Resepi
Ikan Keli Berlada Paling Sedap


Resepi Ikan Keli Berlada Simple Dan Sedap

Bahan untuk resepi ikan keli berlada sedap :


Ikan Keli Goreng Berlada Resepi

Cara Goreng Ikan Keli Tak Meletup
Cara Masak Ikan Keli Tak Meletup


Bahan A

  1. Tiga ulas bawang merah
  2. Enam ulas bawang putih
  3. Tiga biji cili merah
  4. Lima biji cili padi
  5. Lima biji cili hijau


Bahan B

  1. Gula dan garam secukup rasa.
  2. Jus perahan limau kasturi


Cara Masak Ikan Keli Berlada

Cara Buat Ikan Keli Berlada :


Ikan Keli Berlada Resepi


  1. Blend atau kisar kasar semua bahan A diatas.
  2. Kemudian, tumis bahan yang kita sudah blend tadi.
  3. Masukkan garam, gula, serbuk perasa serta jus limau kasturi.
  4. Masak sampai pecah minyak.
  5. Masukkan ikan keli yang telah siap digoreng.


Step akhir, gaul sebati. Sekarang siap sedia untuk diangkat dan dihidangkan atas meja makan bagi santapan ahli keluarga ataupun para tetamu yang datang ke rumah. Kalau saya, makan lauk tradisional melayu dengan ulam-ulaman lah paling dapat membuka selera. Pernah sekali tak sedar tambah nasi sampai empat pinggan. Hilang habis semangat diet yang saya amalkan pada masa tu dek kerana kelazatan kombinasi lauk yang betul dan tepat. Okey lah saya ada kerja sikit. Cara memasak ikan keli berlada mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain waktu. Semoga berjaya dalam semua urusan yang di lakukan seharian.Wassalam.