Resepi Gulai Darat Daging Kelantan  Original Versi Kenduri Kahwin  Orang Kelate kalau adakan kenduri atau bekwoh kebiasaannya  akan membuat gulai darat daging atau gulai darat ayam untuk hidangan para tetamu. Ini kerana gulai darat atau nama lainnya gulai kawah boleh di masak tanpa perlu kita menumis. Tukang masak hanya perlu satukan semua bahan kemudian renehkan hingga kuahnya pecah minyak dan daging empuk. Ada ke yang nak tau cara nak masak gulai kawah daging kelantan ? Jom tengok resipi gulai kawah daging kelantan asli yang saya kongsikan dekat bawha :



Resepi Gulai Kawah Daging Kelantan Asli

Bahan Untuk Resepi gulai kawah daging kelantan kenduri kahwin :




  1. Satu kilogram daging
  2. Serbuk Rempah Gulai Darat (kalau tiada stok boleh je  gantikan dengan rempah kari )
  3. 200ml santan ( kotak kecil)
  4. Setengah keping gula melaka
  5. Asam keping
  6. Satu sudu besar kerisik
  7. Garam
  8. Serbuk Perisa ( optional )


Bahan Kisar

  1. Empat ulas bawang merah
  2. Satu sudu besar cili kering kisar
  3. Dua hingga tiga hiris lengkuas
  4. Satu inchi kunyut hidup
  5. Satu inchi halia
  6. Setengah sudu ketumbar


Cara Masak Gulai Kawah Kelantan

Cara Buat Gulai Kawah Kelantan :





  1. Satukan semua bahan kisar, rempah gulai darat dan daging. 
  2. Masak atas dapur sampai daging agak kecut dan empuk 
  3. Seterusnya, masukkan asam keping.
  4. Setelah daging empuk, masukan santan dan kacau bagi rata
  5.  Masak sampai kuah menjadi sedikit terbit minyak.
  6. Masukan garam, gula melaka, kerisik dan serbuk perasa jika suka. 


Step akhir, rasa sikit untuk seimbangkan rasa. Kalau dah kena dengan selera boleh lah tutup api dapur dan hidangkan atas meja makan untuk santapan ahli keluarga atau tetamu bersama nasi putih, ulam ulaman, budu, dan lain lain lauk yang sewaktu dengannya. Cara masak gulai darat daging kelantan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali jika ada kelapangan. Semoga berjaya.