Resepi Sambal Ikan Kelantan Sedap Simple Paling Ringkas. Salam Jumaat semua. Moga dalam keadaan baik semuanya ye. Sempena cuti hujung minggu hari ni boleh lah saya siapkan menu dengan tenang kerana tak perlu nak tergesa gesa terkejar kejar sana sini untuk sarapan anak sebelum ke sekolah. Ikan selayang rebus semalam ada lebihan lagi dalam periuk. Jadi untuk elak pembaziran sempat lah saya sediakan pulut sambal ikan kelantan yang sedap dan simple. Ada ke yang nak tau cara nak buat serunding ikan kelantan ? Jom tengok resipi serunding ikan kelantan yang saya selitkan dekat bawah :
![]() |
Resepi Serunding Ikan Kelantan |
Resepi Serunding Ikan Kelantan Mudah
Bahan untuk serunding ikan kelantan sedap :
![]() |
Cara Buat Serunding Ikan Kelantan |
![]() |
Resepi Sambal Ikan Kelantan |
- Isi ikan selayang yang sudah direbus, dibuang tulang serta ditumbuk.
- Bawang merah, bawang putih, halia, cili kering ( kisar )
- Santan, gula melaka dan asam keping.
- Gula dan garam sesedap rasa.
- Minyak untuk tumis
Cara Buat Serunding Ikan Kelantan
Cara masak serunding ikan kelantan :
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga masak.
- Masukkan santan, garam dan gula melaka serta asam keping.
0 Comments