Resepi Bahulu Kemboja Asli Mudah Cara Buat Simple Paling Sedap. Siapa orang Selangor? Mesti kuih bahulu kemboja menjadi salah satu kuih tradisional selangor sebagai kegemaran kan. Jom saya nak kongsikan resepi kuih bahulu kemboja sedap, lembut dan tahan lama. Resepi bahulu kemboja asli turun temurun dari arwah nenek saya yang menjadi salah satu sumber pendapatannya. Sekarang mak saya pula pakai untuk tanggung kami adik beradik.
Insyaallah.bahulu kemboja boleh tahan selama seminggu. Berbeza dengan kuih bakar pandan kerana kuih bakar lebih kepada penggunaan tepung dan hanya mampu tahan sehari sahaja diluar sebelum menjadi basi. Cara buat bahulu kemboja mudah sahaja. Ada saya selitkan resepi bahulu kemboja mudah :
Insyaallah.bahulu kemboja boleh tahan selama seminggu. Berbeza dengan kuih bakar pandan kerana kuih bakar lebih kepada penggunaan tepung dan hanya mampu tahan sehari sahaja diluar sebelum menjadi basi. Cara buat bahulu kemboja mudah sahaja. Ada saya selitkan resepi bahulu kemboja mudah :
Resepi Bahulu Kemboja |
Resepi Bahulu Kemboja Sedap Mudah Ringkas Simple Original
Bahan untuk resepi kuih bahulu kemboja tradisional ;
Bahulu Kemboja Resepi Asli |
Bahan untuk resepi kuih bahulu kemboja tradisional ;
- Tiga mangkuk gula
- Satu mangkuk telur
- Satu mangkuk tepung
- Dua mangkuk santan
- Daun pandan
- Bijan ( optional )
Cara Buat Bahulu Kemboja Sedap |
Cara buat kuih bahulu kemboja :
- Campurkan gula dan telur didalam mangkuk,
- Ramaskan gula dengan telur menggunakan daun pandan sampai gula hancur dan warna daun pandan keluar,
- Masukkan santan dan tepung,
- Kacau sebati
- Tuang dalam acuan ( jangna sampai penuh tau )
- Tabur bijan
Resepi Bahulu Kemboja Tahan Lama |
Step akhir, bakar dalam oven pada suhu 160 selama lima belas minit atau sampai masak guna api atas bawah. Atau bakar atas dapur gas pun boleh. Tapi kalau nak rasa lebih sedap lagi, gunakan cara bakar kuih bahulu kemboja tradisional iaitu dengan menggunakan tempurung kelapa. Siap. Cara buat bahulu kemboja mudah je kan, selamat mencuba semua. Ada masa kita jumpa lagi di lain hari ye. Salam.
> Resepi Akok Terengganu Sedap Asli Sukatan Cawan
> Resepi Akok Terengganu Sedap Asli Sukatan Cawan
1 Comments
Yang ini betul resepi bahulu kemboja asli, yang selalu tu macam kuih bengkang dimasak guna acuan bahulu kemboja, arwak mak saya dulu guna sukatan mangkuk, acuanya acuan tembaga, memasak guna api sabut kelapa yang dibakar diatas penutup acuan diletak tudung periuk dan diletak sabut yang dibakar, kuih ni selalunya boleh dibeli dibazar Ramadan diSabak Bernam dan Sungai Panjang, sekarang ni tak tahulah boleh jumpa lagi ke tidak.
ReplyDelete