Resepi Kuih Akok Terengganu Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple. Inilah untungnya bila suami dapat kerja luar negeri, kami anak beranak akan dapat ikut sekali.  Tempat tinggal makan minum semua di tanggung syarikat. Cuma membawa diri dan sedikit wang saku untuk perbelanjaan tambahan.  Kali ini kami cuti cuti malaysia ke negeri Terengganu Darul Iman. Sementara menunggu suami habis kerja dan elak masa dibazirkan di hotel penginapan, kami keluar lah berjalan-jalan di kawasan berhampiran. Salah satu tempat yang kami pergi adalah Pasar Payang Kuala Terengganu.  Macam-macam barang ada kat sini tau sampai rambang mata saya tengok. Saya sempat juga beli sehelai dua sutera terengganu dan acuan kuih akok tembaga hasil kraftangan orang tempatan.  Harga acuan akok murah saya dapat. Katanya harga kasih sayang. Kakak yang meniaga pun ramah bukan main orangnya. Alang-alang dah beli acuan akok tembaga, saya teruslah minta resepi akok telur terengganu. Syukur dia dengan ikhlas memberi dan saya dengan senang hati mencatit. Inilah untungnya bila sentiasa bawa buku nota kecil di dalam beg tangan.

Kepada yang belum tahu, kuih akok merupakan sejenis kuih tradisional melayu yang mudah dan sedap serta popular di Malaysia, terutama di sebelah Pantai Timur iaitu di Terengganu dan Kelantan.

Terdapat beberapa jenis kuih akok yang mempunyai rasa dan keunikannya yang tersendiri. Antaranya ialah  berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga atau turut di panggil sebagai akok Kemboja oleh sesetengah masyarakat. 

Bahan dan cara bakar akok merupakan faktor penting untuk menghasilkan kuih akok sedap. Api yang sempurna memainkan peranan penting dalam penghasilan kuih akok yang sedap dan wangi. Tidak boleh terlalu besar dan kecil kerana ianya akan mempengaruhi  rasa akok tersebut. Demikian juga halnya dalam penyediaan adunan akok, telur dan tepung harus mengikut sukatan yang betul untuk mengelakkan akok menjadi keras serta kurang enak.

Resepi Kuih Akok Terengganu Sedap
Resepi Akok Terengganu Sedap



Resepi Akok Kedut Terengganu Asli Mudah Dan Sedap Simple Original

Bahan untuk resepi akok kedut terengganu ori :

Akok Terengganu Resepi Sukatan Cawan
Akok Terengganu Resepi Mudah


Bahan A


  1. 1/2 kilogram santan pekat
  2. 8 helai pandan  ( carik-cari dan simpul )
  3. 200 gram gula merah atau lima ketul nise kerek
  4. 200 ml Air
  5. Satu sudu kecil garam
  6. Gula sikit ( ikut keperluan )

Resepi Kuih Akok Terengganu
Resepi Kuih Akok Telur Terengganu



Bahan B


  1. 15 hingga 18 biji telur ayam ( jangan lupa untuk basuh dulu baru pecahkan )
  2. 200 gram tepung beras

Resepi Kuih Akok Terengganu Sedap
Resepi Kuih Akok Terengganu



Cara Buat Akok Sedap

Cara buat akok terengganu :

Resepi Kuih Akok Terengganu Sukatan Cawan
Resepi Akok Terengganu Sukatan Cawan

  1. Satukan semua bahan A dan masak sampai mendidih. Kemudian, biarkan sejuk.
  2. Bila adunan bahan A sudah sejuk, masukkan bahan-bahan B
  3. Mix sampai sebati. Saya tak guna blender kerana buih banyak terhasil dan kue akok jadi tak cantik bila kita bakar nanti.
Cara Buat Akok Kedut Sukatan Cawan
Cara Buat Akok Kedut


Step akhir, panaskan acuan dulu sekejap dan tuang adunan ke dalam acuan kuih akok. Tunggu kuih akok masak.  Siap untuk dihidangkan atas meja makan. Oh ya, ni saya bakar atas dapur gas je. Kalau sesiapa yang nak bakar guna oven pun boleh pakai acuan muffin guna api atas bawah. Atau masak guna acuan kuih akok elektrik atau cara bakar akok tradisional iaitu menggunakan arang atau satu lagi kaedah bakar akok guna pemanggang ajaib. Pilih lah mana-mana satu yang terbaik bagi diri sendiri. Okeylah, cara membuat akok terengganu mudah sahajakan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Semoga bermanfaat.


> Resepi Mee Rebus Terengganu Simple