Resepi Apam Balik Pasar Malam Mudah Simple Ringkas Homemade Paling Sedap. Sarapan apa pagi tadi ye ? Saya buatkan anak-anak apam balik yang mudah, simple, sedap lembut dan gebu untuk mengisi perut diaorang. Dah macam peniaga pasar malam pulak bebudak ni order tadi.. Sorang minta apam balik oreo,  sorang mintak jagung lebih, sorang lagi mintak apam balik coklat rice. Inilah untungnya bila kita homemade pelbagai topping boleh kita letak mengikut selera yang kita suka tanpa batasan. Misalnya apam balik cheese, apam balik pisang, apam balik Nutella, apam balik coklat, apam balik peanut butter, apam balik mini, apam balik nestum atau yang sewaktu dengannya. Bergantung kepada stok bahan yang ada di dapur mini rumah kita. Sekarang jom saya kongsikan resepi apam balik gebu sukatan cawan :

Resepi Apam Balik Pasar Malam Rangup Lembut Dan Gebu
Resepi Apam Balik Pasar Malam Sukatan Cawan


Resepi Apam Balik Rangup Step By Step Sukatan Cawan

Apam Balik Cheese Resepi
Resepi Apam Balik Cheese Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi apam balik rangup simple : 

Apam Balik Cheese Coklat Resepi
Resepi Apam Balik Cheese Coklat


Bahan A

  1. Satu setengah cawan susu segar
  2. Setengah cawan gula
  3. Satu biji telur


Bahan B

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Secubit garam
  3. Secubit baking powder

Resepi Apam Balik Coklat Rice
Resepi Apam Balik Coklat Cheese


Bahan C : Topping

Apam balik moden :
  • Oreo
  • Coklat
  • Cheese
  • Chocolate rice
  • Nestum
  • Nutella
  • Milo
  • Susu Pekat Manis
  • Dan yang sewaktu dengannya
Apam balik tradisional

  • Kacang tanah
  • Jagung
  • Planta
  • Gula
Apam Balik Pasar Malam Recipe
Apam Balik Pasar Malam Resepi


Cara Buat Apam Balik Rangup

Cara Buat Apam Balik Lembut Dan Gebu
Cara Buat Apam Balik Rangup


Cara buat apam balik gebu :

  1. Blend semua bahan A sampai gula hancur
  2. Kemudian masukkan Bahan B
  3. Blend lagi sampai sebati.

Apam Balik Mini Rangup Resepi
Resepi Apam Balik Mini Rangup Sukatan Cawan


Step akhir, panaskan pan ( jangan letak minyak ), bubuh adunan. Agak-agak dah keluar lubang-lubang dia letak topping yang korang nak. Lipat dua. Siap sedia dihidangkan atas meja untuk santapan seisi keluarga.