Resepi Bubur Asyura Johor Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap Versi Original Asli. Dalam sehari dua ini saya selalu teringat akan keunikan bubur Asyura Johor Bahru. Lebih kurang lima belas tahun tak merasai suasana 10 Muharam di sana..Terkenang pada suatu zaman dahulu, boleh dikatan setiap rumah akan menyediakan bubur asyura asli mengikut selera serta resipi keluarga memasing bila tiba hari ke sepuluh Muharam. Kalau nak tahu,  bubur asyura johor ori mirip dengan bubur lambuk yang terjual dekat bazar ramadhan di kebanyakan negeri. 

Sudah menjadi tradisi, ayah akan suruh kami satu keluarga untuk berpuasa sunat. Persiapan memasak bubur Asyura secara bergotong royong kami adik beradik pula bermula awal pagi. Selepas bubur lambuk siap dimasak, bubur Asyura akan diagihkan kepada sanak saudara serta jiran tetangga berhampiran. Saat inilah berlakunya pertukaran bubur Asyura antara kami semua. Apabila tiba waktu untuk berbuka puasa, atas meja sudah terhidang dengan pelbagai jenis bubur asyura yang beraneka warna, resepi, serta persembahannya. Ada yang nak tahu tak cara nak masak bubur asyura johor ? Jom saya kongsikan resepi bubur asyura johor bahru sukatan cawan :

Bubur Asyura Johor Sukatan Cawan
Resepi Bubur Asyura Johor Sukatan Cawan


Resepi Bubur Asyura Johor

Bahan untuk resepi bubur asyura johor ;

Bubur Asyura Johor Sedap
Bubur Asyura Johor Resepi


Bahan A


  1. Dua cawan beras ( basuh bersih )
  2. Sepuluh cawan air
  3. Satu helai dau pandan ( simpul )


Bahan B


  1. Satu cawan daging cincang atau isi ayam
  2. Satu biji kentang - dadu kecil
  3. Satu bartang lobak - dadu kecil
  4. Satu cawan biji jagung (segar atau frozen)
  5. Setengah cawan kacang peas


Bahan C : Tumisan


  1. Rempah tumis ( kayu manis, buah pelaga serta bunga lawang )
  2. Satu paket (20 gram) rempah biryani ( kalau tiada boleh guna rempah kuram atau sup )
  3. Satu labu bawang besar - hiris
  4. Tiga ulas bawang putih - hiris
  5. Setengah inci halia - hiris


Bahan D


  1. Dua cawan santan pekat
  2. Gula secukup rasa
  3. Garam secukup rasa




Bahan E : Hiasan


  1. Hirisan daun bawang dan daun sup
  2. Hirisan telur dadar
  3. Kacang tanah goreng
  4. Bawang goreng
  5. Hirisan cili merah
  6. Sambal kicap


Cara Buat Bubur Asyura Johor
Cara Membuat Bubur Asyura Johor


Cara Buat Bubur Asyura Johor

Cara membuat bubur asyura johor


  1. Rebus beras dan bahan A yang lain sampai kembang
  2. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis dan tumis sampai naik bau. 
  3. Masukkan bahan hiris, goreng sampai layu. 
  4. Masukkan rempah biryani serta kacau rata.
  5. Masukkan bahan B satu persatu, gaul rata. 
  6. Masak sampai kentang dan lobak empuk serta daging atau ayam masak sepenuhnya.
  7. Kemudian, masukkan tumisan daging/ ayam tersebut ke dalam periuk bubur asyura. Kacau sebati.
  8. Masukkan pula santan dan kacau rata 
  9. Biarkan didih seketika.
  10. Perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa.

Bubur Asyura Versi Johor
Resepi Bubur Asyura Versi Johor


Step akhir, tutup api dapur. Masukkan ke dalam bekas dan tabur bahan hiasan. Sekarang siap. Cara masak bubur asyura johor mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di hari esok.