Resepi Bubur Asyura Terengganu Sedap Sukatan Cawan Mudah Simple Asli Original Noxxa. Cerita semalam kami anak beranak dekat rumah.Syukur, Alhamdulillah selesai kacau bubur asyura versi terengganu tradisional. Bila bergotong royong semua kerja jadi mudah. Suasana jangan katalah meriah bukan main. Lebihan kami kasi dengan jiran-jiran berhampiran. Kalau tiada aral melintang tahun depan boleh buat lagi kot acara sebegini untuk merapatkan hubungan kami anak beranak. Jika guna resepi bubur asyura terengganu noxxa nampak gayanya saya seorang je lah bersilat dekat dapur. Ada yang suka tak dengan bubur asyura terengganu ? Jom saya kongsikan resepi bubur asyura terengganu mudah sukatan cawan : 



Bubur Asyura Terengganu Sukatan Cawan
Resepi Bubur Asyura Terengganu Sukatan Cawan



Resepi Bubur Asyura Terengganu Asli Original Tradisional Mudah Dan Sedap

Bahan untuk resepi bubur asyura terengganu original :

Bubur Asyura Terengganu Recipe
Bubur Asyura Terengganu Resepi


Bahan A


  1. Empat cawan beras atau 1/2 kg 


  • sebaiknya jangan guna beras lembut, nanti bubur lambat pejal
  • Rendam dulu dua hingga tiga jam untuk cepatkan beras masak


Bahan B : Blend


  1. Satu cawan bawang merah
  2. Dua batang serai
  3. Dua ulas bawang putih

  • Blend semua bahan B

Bahan C



  1. Empat ekor ikan selayang saiz besar ( bakar atau rebus dan ambil isinya )
  2. Setengah kilogram ubi keledek  ( potong dadu )
  3. Sengah cawan rempah asyura 
  4. Seekor ayam atau daging ( rebus ambil isinya sahaja untuk elak rasa hanyir ayam dalam bubur )
  5. Dua tin kacang merah ( setin 400 gram )
  6. Dua tin jagung ( setin 400 gram ) atau tiga tongkol jagung
  7. Setengah cawan kerisik
  8. Setengah kilogram santan pekat
  9. Empat kerek gula nisan
  10. Garam secukup rasa


Bubur Asyura Terengganu Noxxa
Resepi Bubur Asyura Terengganu Noxxa


Bahan D : Hiasasn


  1. Agar- agar kosong
  2. Hirisan telur dadar
  3. Sambal ikan



Cara Buat Bubur Asyura Terengganu

Resepi Bubur Asyura Terengganu Mudah Sukatan Cawan
Bubur Asyura Versi Terengganu


Cara membuat bubur asyura terengganu :


  1. Masak beras seperti nak buat bubur tapi jangan terlebih air nanti lambat pejal
  2. Masukkan ubi keledek
  3. Masak hingga beras pecah-pecah
  4. Masukkan isi ikan selayang yang sudah direbus tadi.
  5. Bila agak pekat, masukkan bahan kisar dan rempah asyura.
  6. Sentiasa kacau.
  7. Apabila semua bahan sudah mesra dan sebati, masukkan isi ayam/ daging, kacang dan jagung.
  8. Kacau lagi kasi sebati.
  9. Seterusnya masukkan kerisik, santan, gula nissan dan garam.

Bubur Asyura Versi Terengganu
Resepi Bubur Asyura Versi Terengganu


Step akhir, masak dan sentiasa kacau untuk elak berkerak dalam tempoh masa tiga hingga empat jam sampai menjadi betul-betul pekat. Siap dah boleh masukkan ke dalam bekas untuk hidangan ahli keluarga mahupun jiran tetangga. Cara masak bubur asyura terengganu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.