Resepi Kuih Lompang Pandan Sedap Sukatan Cawan Mudah Simple Paling Sedap.Kuih lompang  pandan untuk sarapan pagi kami sekeluarga..Salah satu kuih muih tradisional malaysia yang paling saya gemari. Rasanya lembut dan manis tambah cantik pakej dengan lesung pipitnya..Jika kebanyakan orang makan suka makan bersama kelapa parut tapi saya lebih gemar makan tanpa kelapa. Itulah pasal saya selalu homemade kuih lompang pandan sebab susah kalau beli yang orang jual mesti sudah siap bubuh kelapa. Ada yang suka dan nak cuba tak ? Jom tengok resepi kuih lompang sukatan cawan yang saya kongsikan dekat bawah :.


Resepi Kuih Lompang Pandan Sedap Sukatan Cawan
Resepi Kuih Lompang Pandan Sukatan Cawan

Kuih Lompang Pandan Sukatan Cawan 

Bahan untuk resepi kuih lompang pandan :

Kuih Lompang Pandan Sedap Sukatan Cawan
Resepi Kuih Lompang Pandan Sedap Sukatan Cawan


 Bahan A

  1. Empat cawan air
  2. Satu cawan gula
  3. Dua helai daun pandan ( simpulkan )



  • Masak semua sampai mendidih
  • Sejukkan/suam


Bahan B


  1. Dua setengah cawan tepung beras
  2. Setengah cawan tepung ubi
  3. Satu sudu kecil kapur ( larutkan )
  4. Pewarna hijau


Bahan C


  1. Kelapa parut ( putih sahaja )
  2. Garam sikit


  • Gaul dan kukus sekejap untuk elak basi dan kasi tahan lama


Cara Buat Kuih Lompang Pandan

Kuih Lompang Pandan Sedap Sukatan Cawan
Kuih Lompang Pandan Sukatan Cawan


Cara buat lompang pandan :


  1. Satukan bahan A dan Bahan B. 
  2. Kacau sebati dan tapis.
  3. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan titik pewarna yang kita nak ( kalau nak buat kuih lompang warna warni lah, kalau nak buat warna pandan hanya guna warna hijau je lah xperlu nak bahagikan ).

Cara Membuat Kuih Lompang Pandan
Kuih Lompang Pandan Resepi


Step akhir,  panaskan pengukus sampai mendidih. Masukkan acuan ( tak perlu oles minyak ), biarkan sekejap dalam satu minit baru tuang adunan ke dalamnya. Kemudian, kukus selama sepuluh hingga dua belas minit. Siap. Tunggu sejuk baru korek keluar. Tabur kelapa parut yang sudah digaul bersama garam tadi pada lesung pipit kuih lompang. Cara membuat kuih lompang pandan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi dilain kali.