Resepi Bingka Ubi Kayu Sukatan Cawan Cara Membuat Kuih Mudah Sedap Paling Simple Kukus Bakar Guna Periuk Noxxa. Salam semua. Pagi ini saya nak kongsikan tentang cara buat bengkang ubi kayu noxxa yang sedap dan mudah. Saya dan famili paling suka makan bingka ubi kayu terengganu. Bingka ubi kayu versi terengganu rasa dia unik sikit dari yang lain. Namun tadi saya buat bingka ubi simple sahaja mengikut olahan saya sendiri. Ini semua bagi tidak mengganggu masa anak-anak dan suami bersiap ke sekolah serta tempat kerja masing-masing. Syukur menjadi dengan jayanya. Rasanya nak kata sedap sangat tu takde lah tapi boleh tahan. Ada yang nak cuba cara buat bingka ubi kayu guna periuk noxxa ? Jom saya kongsikan resepi ubi kayu periuk noxxa sukatan cawan :  


Bingka Ubi Kayu Noxxa Sukatan Cawan
Resepi Bingka Ubi Kayu Noxxa Sukatan Cawan



Resepi Bingka Ubi Kayu Noxxa Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi bingka ubi kayu mudah :


  1. Empat cawan ubi kayu di sagat (saya blend)
  2. Dua cawan santan pekat
  3. Satu cawan gula
  4. Sedikit garam
  5. Sedikit pewarna kuning


> Resepi Pulut Kuning Noxxa Pressure Cooker
Cara Buat Bingka Ubi Kayu Guna Periuk Noxxa
Resepi Bingka Ubi Kayu Periuk Noxxa

> Resepi Bingka Durian Noxxa Sukatan Cawan

Cara Buat Bingka Ubi Kayu Noxxa

Cara Buat Bingka Ubi Kayu Bakar :



  1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas. Gaul sampai sebati.
  2. Oleskan inner pot periuk noxxa dengan minyak atau majerin
  3. Tuang adunan ke dalam inner pot.
  4. On mod STEAM selama 30 minit..
  5. Dah masak OFF sekejap.


Bingka Ubi Kayu Resepi Sedap
Bingka Ubi Kayu Resepi Mudah


Step akhir, keluarkan bengkang ubi kayu dari periuk dan terbalikkan. Kemudian, masukkan kembali ke dalam inner pot serta Steam selama 15 minit untuk lebih garing. Siap. Cara membuat bingka ubi kayu periuk noxxa mudah je kan, selamat mencuba semua. Jumpa lagi di lain hari. Salam.