Resepi Bingka Labu Sukatan Cawan Guna Periuk Noxxa Mudah Dan Sedap Kuih Bengkang Simple Kuning.  Syukur kuih bingka labu noxxa saya menjadi dengan jayanya. Kalau kita masak bengkang labu noxxa orang panggil kukus ke bakar ek. Tak tahu lah saya. Apa apa pun kuih bingka labu kuning noxxa saya tadi laku keras tau. Sekejap sahaja sudah habis.  Encik suami makan paling banyak sampaikan berebut dengan anak yang paling bongsu tadi. Akhirnya diaorang kongsi separuh sorang. Ada yang nak tau cara masak bingka labu guna periuk noxxa ? Jom saya kongsikan resepi bingka labu periuk noxxa sukatan cawan :


Bingka Labu Noxxa Sukatan Cawan
Resepi Bingka Labu Noxxa Sukatan Cawan



Resepi Bingka Labu Kukus Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple

Bahan untuk resepi bingka labu noxxa sedap :

Bingka Labu Periuk Noxxa
Resepi Bingka Labu Periuk Noxxa


Bahan A

Dua cawan labu (rebus dan lenyek)


  • HP3minit



Bahan B


  1. Tiga sudu besar butter
  2. Satu cawan gula pasir
  3. Dua cawan tepung gandum
  4. Tiga biji telur
  5. Sedikit garam
  6. Sedikit perisa vanilla
  7. Dua kotak kecil santan ( 400 ml )
Bahan C

  1. Bijan

Bingka Labu Sukatan Cawan
Resepi Bingka Labu Sukatan Cawan



Cara Buat Bingka Labu Noxxa

Cara Buat Bingka Labu Guna Periuk Noxxa
Cara Buat Bingka Labu Periuk Noxxa


Cara membuat bingka labu noxxa :


  1. Satukan semua bahan. Gaul rata
  2. Masukkan labu yang sudah dilenyek.
  3. Reheat kan inner pot sekejap.
  4. Oles guna marjerin atau letak kertas minyak
  5. Tuang adunan bingka labu ke dalam inner pot.
  6. Tabur bijan.
  7. STEAM 30minit.
  8. Laraskan tombol kpd STEAM.
  9. Biarkan dulu 10minit.
  10. Buka penutup dan keluarkan inner pot. (takut hangus jika biar sahaja )




Step akhir, biarkan sejuk dahulu kemudian baru potong. Sekarang siap untuk dihidangkan atas meja makan untuk santapan ahli ahli rumah yang bertuah. Cara buat bingka labu guna periuk noxxa mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika ada umur yang panjang kita jumpa lagi. Salam.

> Resepi Sardin Noxxa Sedap