Resepi Shell Out Simple Dan Sedap Cara Masak Mudah Harga Murah Viral Pedas. Minggu lepas anak-anak minta saya buatkan shell out paling sedap sempena hari lahir ayah diaorang.  Ingat nak sambut dekat restoran shell out sahaja namun melihat kepada keadaan ekonomi semasa yang berada di hujung bulan dan sangat tidak mengizinkan serta bimbang harga shell out masa nak bayar terlebih daripada bajet yang ada dalam beg tangan. Jadi kami sepakat untuk menyediakan shell out homemade secara bergotong royong anak beranak. Syukur menjadi dengan jayanya.

Ini adalah shell out resepi mudah yang saya olah sendiri selepas melakukan sedikit kajian dan pertanyaan kepada encik google. Saya sertakan sekali cara masak shell out step by step bagi memudahkan kerja memasak anda. Hidangan shell out murah dan sedap ini boleh di pelbagai kan mengikut citarasa makanan laut atau seafood serta ulam ulaman yang di gemari. Semoga bermanfaat ya semua. 


Shell Out Sedap Dan Mudah
Resepi Shell Out Sedap Dan Mudah


Resepi Shell Out Mudah Sedap Paling Mudah Simple Viral

Bahan untuk resepi shell out yang sedap :

Shell Out Resepi Mudah
Shell Out Resepi Simple



Makanan Laut


  1. Ketam
  2. Udang
  3. Kepah
  4. Sotong
  5. Dan yang lain-lain yang digemari.
  • Rebus sampai empuk


Sayur


  1. Jagung
  2. Brokoli
  3. Kentang 
  4. Dan lain-lain yang disukai

  • Rebus sampai empuk

Resepi Shell Out Yang Mudah Dan Sedap
Resepi Shell Out Mudah Sedap



Resepi Kuah Shell Out Sedap

Bahan untuk resepi kuah shell out simple :


Bahan A : Perasa


  1. Butter
  2. Sos ikan 
  3. sos tiram 
  4. kari ikan 
  5. daun kari
  6. Serbuk knor
  7. Garam
  8. Gula

Bahan B : Blend


  1. Dua puluh tangkai cili kering
  2. Dua labu bawang besar
  3. Lima belas ulas bawang merah kecil
  4. Sepuluh ulas bawang putih
  5. Satu inci halia
  6. Satu inci belacan
  7. Tiga sudu udang kering

Cara Masak Shell Sos Out Sedap
Cara Masak Shell Out Simple


Cara Masak Shell Out Sedap

Cara Masak Shell Out Mudah ;


  1. Panaskan butter dalam kuali.
  2. Masukkan semua bahan yang kita kisar tadi.
  3. Masukkan daun kari.
  4. Kacau hingga garing.
  5. Kemudian, masukkan bahan perasa iaitu kari ikan, sos tiram, sos ikan, gula, garam serta serbuk knorr secukup rasa.

Shell Out Simple Dan Sedap
Resepi Shell Out Simple Dan Sedap


Step akhir,  masukkan seafood dan sayur-sayuran. Kacau kasi rata dan tutup api dapur. Sekarang sudah sedia untuk dihidangkan atas talam bagi santapan bersama ahli keluarga tercinta. Cara buat shell out mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan semoga bermanfaat.