Resepi Shell Out Azie Kitchen. Hendak juga ber shell out di rumah. Terima kasih mak saudara yang belanja makanan laut. Memang berbaloi dan tak sampai dua ratus ringgit kalau nak dibandingkan sebelas orang dapat makan udang, ketam,lala,  dan sotong . Memang sangat puas hati. Nak resepi shell out mudah?  Ada dekat bawah tu :


Resepi Shell Out Azie Kitchen Mudah Ringkas Best
Resepi Shell Out


Resepi Shell Out Homemade Ringkas Mudah Sedap Murah

Resepi Creamy Butter Prawn : Jangan lupa like https://www.facebook.com/resepisimple

1. Bersihkan tiga kilogram udang. Panaskan satu cawan minyak. Goreng udang separuh masak. Bila merah, terus angkat dan tapis.
2. Biarkan minyak udang tersebut dalam kuali, jika sikit sangat sila tambah dua hingga tiga sudu lagi minyak. 3. Tambah setengah buku butter. Tumis lima ulas bawang putih hiris, tiga hingga lima cili api hiris n segenggam daun kari hingga bau naik.
4. Masukkan dua tin susu cair  bersama satu cawan air. Tambah satu paket perencah nasi goreng cina ( adabi atau lain-lain jenama pun boleh ), satu sudu susu manis, satu sudu cuka makan. 
5. Masukkan udang tersebut serta kacau hingga mendidih. Perasakan  dengan garam. 
6. Masukkan satu sudu tepung jagung dibancuh dengan tiga sudu air. Bila dah pekat, tutup api.
Resepi Chillie Crab : 

1. Bersihkan tujuh ekor ketam besar dan belah kepada dua bahagian. 
2. Panaskan minyak. Tumis dua cawan cili kisar (kisar cili kering bersama bawang besar dan bawang putih hingga halus) sampai garing. 
3. Masukkan lima biji telur dan kacau sampai rata. 
4. Masukkan satu paket perencah nasi goreng kampung ( adabi atau lain-lain brand ) 
5. Perasakan pakai gula, garam dan cuka.
6. Masukkan satu cawan air
7. Tambah satu cawan air lagi dikacau dengan dua sudu tepung jagung. 
8. Kacau hingga mendidih. 
9. Masukkan ketam. 
10.Kacau smpai ketam masak.

Resepi Lala Paprik :

1. Rendam dua kilogram lala bersama lima batang serai yang telah diketuk selama setengah jam. 
2. Tapis dan cuci bersih. 
3. Hiris dua bawang merah, empat bawang putih dan ketuk tiga batang serai. 
4. Panaskan minyak,tumis bawang bersama serai, empat helai daun limau purut, setengah cawan cwn cili kisar sampai naik bau. 
5. Masukkan setengah cawan air bersama satu perencah nasi goreng tomyam adabi, sos tiram, cili sos, sos tomato ikut selera. 
6. Perasa pakai garam serta gula. 
7. Masukkan lala. Kacau serta masak hingga kuah agak kering. 
8. Masukkan satu sudu tepung jagung dibancuh bersama tiga sudu air. 
9. Kacau hingga msak.

Resepi Sotong Celup Tepung Crispy :

1. Siang dan bersihkan dua kilogram sotong. 
2. Hiris sotong. 
3. Toskan smpai kering betul-betul kering. 
4. Gaul dengan empat biji telur dikacau. 
5. Kemudian gaul dengan tepung goreng bistari. 
6. Panaskan satu kilogram minyak dalam kuali
7. Goreng  smpai garing. Toskan.

Semoga perkongsian tentang resepi shell out simple diatas dapat memberi anda sedikit manfaat. Jom ikut kami di https://www.facebook.com/resepisimple untuk perkongsian resepi menarik yang lain. Ajak kawan-kawan, sanak saudara, jiran tetangga sekali like ye. Terima kasih. Selamat ber Shell Out Semua.