Resepi Putu Halba Kelantan Membuat Sukatan Cawan Mudah Simple Gebu Paling Sedap . Kuih putu halba ubi kayu adalah salah satu lagi kuih muih tradisional orang melayu sejak zaman dahulu lagi. Kuih tradisional melayu yang lembut, gebu dan sedap ini sangat terkenal di pantai timur negara terutama di negeri Kelantan dan Terengganu.  Jika di kelantan putu halba paling mudah di di dapati sisi-sisi jalan apabila bermulanya musim tengkujuh. Ianya menjadi rezeki berganda kepada para peniaga kerana mendapat sambutan yang tinggi daripada penduduk di sana. Kebiasaaannya semakin lebat hujan, semakin bertambah pelanggan yang datang untuk membeli bagi dijadikan juadah buat keluarga mahupun mengalas perut masing-masing. Manakala di Terengganu pula, kuih putu halba dapat di perolehi di pasar-pasar malam yang diadakan pada setiap minggu. Jom sekarang saya kongsikan resepi kuih putu halba ubi kayu kelantan :


Resepi Kuih Putu Halba Ubi Kayu Kelantan
Resepi Putu Halba Ubi Kayu Kelantan


Resepi Kuih Putu Halba Kelantan Asli Original Tradisional

Bahan untuk resepi kuih putu halba ubi kayu :


Resepi Kuih Putu Halba Kelantan
Resepi Putu Halba Kelantan



Satu kilogram ubi kayu. Buang kulit dan parutkannya (jangan parut kasar) masukkan ke dalam kain maslin dan perah sampai kering betul-betul.

Deraikan dalam talam serta biarkan selama satu hingga dua jam untuk keringkan air.

Kacau serta gaul menjadi derai.

Setengah sudu makan halba

Gula melaka secukupnya ( racik halus )

Kelapa parut ( gaul bersama sedikit garam )




Cara Membuat Putu Halba Kelantan
Cara Buat Putu Halba Kelantan



Cara Buat Putu Halba Kelantan

Cara buat putu halba ubi kayu ;


Putu Halba Kelantan Resepi Mudah
Putu Halba Kelantan Resepi



  1. Panaskan air di dalam periuk kukusan.
  2. Campurkan halba ke dalam ubi kayu. (boleh juga kalau nak campurkan garam ke dalam ubi kayu tersebut. Terserah selera masing-masing )
  3. Alas pinggan guna kain muslin dan masukkan separuh ubi kayu ke dalam pinggan tersebut.
  4. Letakkan inti gula melaka yang kita racik tadi.
  5. Seterusnya kembali tutup dengan ubi kayu.
  6. Balut dengan kain dan telengkupkan ke dalam tray pengukus 


Putu Halba Ubi Kayu Sedap
Putu Halba Ubi Kayu Resepi


Step akhir, kukus selama dua puluh minit atau sampai masak. Dah siap, hidangkan bersama kelapa parut. Cara membuat putu halba ubi kayu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Semoga berjaya.