Resepi Ayam Percik Kelantan Kuah Merah Membuat Memasak Ala Pasar Malam Mudah Simple Paling Sedap.   Salam semua, pada pagi yang mulia ini saya ingin kongsikan resepi ayam percik kelantan original yang mudah dan sedap untuk rujukan semua. Untuk pengetahuan, ayam percik merupakan satu juadah yang popular di kalangan masyarakat di sana baik pada hari biasa mahupun pada bulan puasa. Resepi kelantan ayam percik saya dapatkan daripada seorang saudara yang menetap sudah lama bermastautin di negeri pantai timur tersebut. Sebenarnya dah bertahun jugak lah dia kasi namun baru sekarang saya berkesempatan untuk berkongsi di blog cararesepi.blogspot.com  akibat kekangan masa serta hal hal lain yang tidak dapat di elakkan. Jika saya di beri peluang untuk membandingkan antara resepi ayam percik terengganu dengan resepi ayam percik kelate ,saya paling suka ayam percik kelantan. Tidak di nafikan kedua duanya memiliki keunikan dan kelebihan tersendiri namun tekak saya lebih memilih masakan kelantan. Ada yang nak tau cara buat ayam percik kelantan ? Jom saya kongsikan resepi ayam percik mudah dan sedap versi kelantan ;

Resepi Ayam Percik Kelantan Kuah Merah
Resepi Ayam Percik Kelantan Original



Resepi Ayam Percik Kelantan Sedap

Bahan untuk resepi ayam percik pasar malam :

Ayam Percik Kelantan Kuah Merah
Resepi Ayam Percik Kelantan Kuah Merah


Bahan A

  1. Satu ekor ayam ( saya potong empat bahagian)


Bahan B : Bahan Perapan

  1. Lima ulas bawang merah
  2. Tiga ulas bawang putih
  3. Satu inci halia
  4. Garam secukup rasa



Bahan C : Bahan Kuah Ayam Percik

  1. Dua pek santan pekat
  2. Tujuh ulas bawang merah
  3. Satu inci halia
  4. Satu batang serai
  5. Tiga tangkai cili kering ( kalau suka pedas sila tambah )
  6. Garam sesedap rasa
  7. Gula - kena ada rasa manis
  8. Satu per empat keping asam keping  ( letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut menjadi terlebih masam )

Ayam Percik Kelantan Resepi Sedap
Ayam Percik Kelantan Resepi Asli



Cara Bakar Ayam Tanpa Oven

Cara bakar ayam guna arang :

  1. Kisar bahan perap sampai halus
  2. Gaul bahan perapan ayam bakar tersebut pada keseluruhan ayam yang telah kita siap potong tadi.
  3. Perap selama setengah jam dan ke atas. Lagi lama lagi sedap.
  4. Kemudian, bakar sampai masak sepenuhnya guna dapur gas atau arang.


Cara Bakar Ayam Dalam Oven

Cara bakar ayam guna oven :

  1. Susun ayam dalam loyang
  2. Bakar pada suhu 180 selama empat puluh hingga lima puluh minit atau sampai masak bergantung kepada kapasiti oven masing masing.

Cara Bakar Ayam Guna Rice Cooker

Cara bakar ayam guna periuk nasi :


  1. Susun potongan ayam dalam periuk nasi elektrik
  2. Tekan suis
  3. Biarkan sampai masak.
  4. Jika suka yang lebih garing, boleh bakar atas dapur gas sekejap.


Cara Bakar Ayam Guna Noxxa

Cara bakar ayam guna periuk noxxa ;

  1. Susun ayam dalam inner pot
  2. HP 12 minit
  3. Kemudian, SF sampai kering.

Ayam Percik Kelantan Simple
Ayam Percik Kelantan Original



Cara Buat Kuah Ayam Percik Merah

Cara buat ayam percik kuah merah :

  1. Blend semua bahan C
  2. Masakkkan atas dapur bersama santan guna api kecil sambil sentiasa kacau.
  3. Masak sampai kuah ayam percik kelantan menjadi agak pekat.
  4. Seterusnya masukkan asam keping, 
  5. Masukkan garam serta gula secukupnya.
  6. Rasa sikit kalau dah kena selera boleh tutup api dapur.

Cara Buat Ayam Percik Ala Kelantan
Cara Buat Ayam Percik Kelantan

Step akhir, siram ayam yang telah kita siap bakar tadi dengan kuah ayam percik kelantan. Siram dua tiga kali untuk nampak lebih tebal dan menyelerakan. Sekarang siap untuk dihidangkan atas meja makan bagi santapan ahli keluarga atau para tetamu yang berkunjung ke rumah. Okeylah, cara buat ayam percik kelantan mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika tiada aral melintang, kita jumpa lagi esok lusa tulat. Semoga berjaya. Salam.