Resepi Kuih Lompat Tikam Terengganu Sukatan Cawan Asli Original Masak Membuat Tanpa Kukus Mudah Dan Sedap Versi Paling Simple. Petang tadi saya ada memasak kuih tradisional melayu yang mudah dan sedap buat santapan ahli keluarga tersayang. Syukur menjadi dengan jayanya kuih lompat tikam versi terengganu. Resipi lompat tikam memang saya ambil dari seorang kenalan dari negeri pantai timur tersebut. Kalau lompat tikam kelantan dan lompat tikam utara ada pulut merah tau, lain sikit. Sambutan bukan main lagi sekejap sahaja sudah habis di bedal anak-anak. Ada yang nak tau cara masak lompat tikam ? Jom saya kongsikan resepi lompat tikam terengganu asli :

Resepi Kuih Lompat Tikam Terengganu Asli
Resepi Lompat Tikam Terengganu Asli


Resepi Lompat Tikam Sedap Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kuih lompat tikam sukatan cawan :


Lompat Tikam Terengganu Recipe
Lompat Tikam Terengganu Resepi


 Bahan A : Bahagian  Bawah ( Hijau )

  1. Satu cawan tepung beras
  2. Dua cawan air daun pandan ( Lapan helai daun pandan diblend dijadikan dua cawan)
  3. Satu cawan air
  4. Satu sudu teh air kapur sederhana pekat
  5. Satu sudu besar gula
  6. Sedikit perwarna hijau
  7. Secubit garam


Kuih Lompat Tikam Terengganu
Resepi Kuih Lompat Tikam Terengganu


Bahan B : Bahagian Atas ( Putih )

  1. Satu cawan tepung beras
  2. Dua cawan santan (kalau pakai santan kotak, sukat ia dua cawan dan kalau kurang sila campur air sikit bagi cukupkan dua cawan)
  3. Satu cawan air
  4. Satu sudu kecil garam halus


Resepi Kuih Lompat Tikam Mudah
Lompat Tikam


Bahan C : Kuah

  1. Satu buku gula melaka
  2. Tiga sudu besar gula pasir
  3. Tiga cawan air
  4. Dua helai daun pandan


  • Satukan semua bahan C, panaskan atas api  kadar sederhana sampai semua menjadi cair dan sebati.
  • Didihkan seketika.
  • Matikan api
  • Biarkan sejuk


Cara Buat Lompat Tikam Terengganu

Cara membuat lompat tikam terengganu :


  1. Camprkan semua bahan A dalam periuk atau kuali (yang mudah untuk kita kacau ketika kita proses memasak )
  2. Masak atas api sederhana dan kacau sampai likat dan berkilat
  3. Matikan Api 
  4. Tuang ke dalam bekas atau loyang dan ratakan.
  5. Bagi bahan B pula, ulang langkah sama seperti kita masak bahan A tadi.
  6. Kemudian, lapiskan atas lapisan hijau tersebut.
  7. Biarkan sejuk sebelum potong.


Step akhir,  hidangkan kuih lompat tikam versi terengganu bersama kuah yang kita sediakan tadi. Cara buat kuih lompat tikam terengganu mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika ada masa terluang kita jumpa lagi di lain waktu ya. Salam dan semoga berjaya.