Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Viral Mudah Simple Tanpa Cuka Pedas Dan Paling Sedap. Salam semua. Tadi saya ada sediakan jeruk pelam asam boi yang sedap dan special untuk santapan bersama ahli keluarga tercinta. Buah mangga muda saya dapatkan dari rumah mak dekat kampung. Inilah untungnya bila kita berbakti pada tanah, bila nak makan pakai petik sahaja. Tambah lagi buah nya sudah tentu segar bugar, bebas racun serangga dan penuh khasiat untuk tubuh badan kita. Saya memang dari dulu lagi memang pantang kalau nampak mempelam muda tidak kira dari jenis mempelam telur ke mempelam epal terus mengidam nak makan jeruk atau kerabu mangga. Kalau dulu biasa mak yang buatkan tapi bila sudah beranak pinak ni kenalah pandai buat sendiri ye tak. Nak beli pun harga jeruk mangga asam boy boleh tahan jugak orang jual. Ada sesiapa nak tau tak cara buat jeruk mangga asam boi viral ? Jom saya kongsikan resepi jeruk mangga asam boi viral :
Resepi Jeruk Mangga Ranggup Asam Boi |
Resepi Jeruk Mangga Muda Asam Boi
Bahan untuk resepi jeruk mangga viral :
Resepi Jeruk Mangga Asam Boi |
Cara Buat Jeruk Mangga Tahan Lama |
- Dua biji mangga
- Satu sudu teh kapur makan
- Air gula ( lebih kurang satu cawan gula + dua atau tiga cawan air)
- Asam Boi
- Cili Padi
> Resepi Jeruk Petai Terengganu
> Resepi Jeruk Bidara Asam Boi
> Resepi Jeruk Rambutan Viral
> Resepi Jeruk Kulit Cempedak
Jeruk Mangga Rangup Resepi |
Cara Buat Jeruk Mangga Pedas
Cara buat jeruk mangga asam boi rangup ;
Jeruk Mangga Rangup Asam Boi Resepi |
- Basuh bersih dan kupas mangga kasi cantik cantik. Toskan.
- Hiris mangga secara memanjang tapi jangan terlalu nipis ya
- Kemudian, rendam mangga dengan air yang dibancuh dengan satu sudu teh kapur.
- Biarkan selama satu jam.
- Seterusnya, lalukan bawah air atau cuci lagi sekali bagi bersih.Toskan
- Masukkan ke dalam balang yang bersesuaian.
- Tuang air gula yang sudah sejuk. ( sampai tenggelam mangga ya )
- Masukkan asam boi serta cili padi mengikut tahap kepedasan yang diinginkan.
- Tutup balang elok-elok.
Step akhir, simpan dalam peti ais semalaman kerana sedap bila di makan sejuk sejuk. Cara buat mempelam asam boi mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika ada masa terluang kita jumpa lagi di lain hari. Salam dan semoga berjaya.
0 Comments