Resepi Air Balang Paling Laris Pasar Malam Bazar Ramadan Kenduri. Salam semua. Dah lama rasanya saya tidak update di blog cararesepi kerana beberapa perkara yang tidak dapat di elakkan. Harap semua dalam keadaaan sihat dan baik baik sahaja lah ya. Memandangkan bulan puasa akan tiba tak lama lagi jadi saya ingin selitkan resepi air detox untuk kempiskan perut iaitu air jus lemon pudina yang biasa saya sediakan untuk buat meniaga di bazar ramadan bila tiba bulan puasa. Syukur mendapat sambutan yang menggalakkan dan maklum balas dari pelanggan pun semua positif. Harga saya jual rm1.50 sahaja satu bungkus je tau manakala yang terdapat bahan tambah macam laici dan sewaktu dengannya saya jual pada harga rm 2.00 setiap satu.
Resepi Air Balang Lemon Pudina Paling Laris |
Resepi Air Lemon Pudina Asam Boi
Bahan untuk resepi air detox lemon pudina :
Resepi Air Detox Untuk Kuruskan Perut |
- RM2 ringgit Daun pudina
- 4 biji Lemon
- 100 gram Sunquick
- 100 gram Serbuk Asam Knor ( gantikan dengan asam boi pun boleh )
- 1 liter Air Gula
Resepi Air Lemon Pudina Viral |
Cara Buat Air Lemon Detox
Cara Buat Air Lemon Pudina :
- Blend tiga biji lemon bersama dua liter air
- Tapis untuk buang hampas yang ada.
- Masukkan satu liter air gula
- Masukkkan sunquick,dan asam
- Masukkan satu liter air panas
Air Lemon Pudina Resepi |
Step akhir, masukkan air batu, hirisan sebiji lemon dan daun pudina. Kacau bagi rata dan siap sedia untuk dipamer serta di jual kepada para pelanggan. Cara buat air lemon balang mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika tiada aral kita jumpa lagi di lain waktu. Salam dan semoga berjaya.
0 Comments