Resepi Akok Kedut Kelantan Sukatan Cawan Membuat Kue Muih Tradisional Tanpa Oven. Salam semua. Minum petang bersama suami dan anak-anak dengan kueh akok kedut versi cupcake maker yang lembut dan ketagih. Biasanya bulan puasa baru ada jual. Akibat mengidam punya pasal, maka terus bersilat sorang diri dekat dapur tadi. Nasib baik semua bahan masih ada stok dan satu lagi syukur sangat  sangat sebab menjadi dengan jayanya. Kalau sesiapa yang masih belum tahu, kuih akok adalah antara kuih muih tradisional kelantan yang popular. Rugi la kalau pergi kelate tak merasa kan. Resipi kuih akok kedut yang sedap ni pun saya ambil dari seorang kenalan dari negeri pantai timur tersebut. Sudah lama simpan dan pernah la juga buat banyak kali dulu. Sekarang bila dah beranak pinak jarang jarang lah dapat sediakan. Tak dan masa. Ada ke sesape yang nak tau cara membuat kuih akok kedut guna sukatan cawan ? Jom tengok resepi kuih akok kedut sukatan cawan yang saya kongsikan dekat bawah. Anggaran dalam 25-33 biji ya. 




Akok Kedut Kelatan Sedap


Resepi Akok Kelantan Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi akok kelantan sedap :


Akok Kelantan Resepi



Bahan A

  1. Tiga keping nise atau gula melaka saiz kecil.
  2. Satu cawan air
  3. Dua helai daun pandan- simpul


Bahan B

  1. Enam Biji Telur Ayam gred A
  2. Satu cawan santan + air 50ml ( boleh guna santan segar atau santan kotak )
  3. Setengah cawan tepung
  4. Setengah sudu kecil garam setengah sudu kecil 


Cara Membuat Akok Kedut Kelantan Sedap


Cara Buat Akok Sukatan Cawan

Cara Buat Akok Kedut :


  1. Mula mula sila masak gula melaka dengan secawan air serta dua helai daun pandan yang telah di simpulkan. Tutup api apabila gula melaka sudah larut sepenuhnya. Tapis dan keluarkan daun pandan, masukkan ke dalam bekas lain. Ketepikan untuk biarkan ianya sejuk seketika pada suhu bilik.
  2. Masukkan bahan B ke dalam blender atau dalam bahasa melayu nya pengisar. 
  3. Seterusnya masukkan air gula melaka yang kita telah sejukkan sebentar tadi.
  4. Blend sampai sebati.




Step akhir, tuang adunan ke dalam cupcake maker. Bakar hingga masak. Sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan sebagai juadah minum petang bersama ahli keluarga mahupun sanak saudara yang datang ke rumah. Cara membuat akok kelantan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Semoga berjaya.