Cara Membuat Rak Penyangkut Baju Guna Pvc  Salam semua. Apa khabar ? Harap dalam keadaan baik semua ya. Lama rasanya saya tak update blog cararesepi.blogspot.my akibat kekangan masa dan beberapa urusan yang tak dapat di elakkan. Jadi hari ini saya yang tunjukkan satu perkara yang mungkin agak menarik bagi sesetengah orang dan mungkin juga tidak menarik bagi mereka yang lain, terserah. Iaitu cara buat rak penyangkut baju atau dalam bahasa orang putihnya hanger.  Saya pun dapat idea ini daripada google. Tak salah rasanya kita berbagi sesama kan.

Kekadang, bila tiba masa untuk saya basuh baju mula lah hanger bersepah tak tahu nak letak mana kan. Lebih lebih lagi jika anak anak kecil datang main baling baling dan tinggalkan merata. Agak letih jugak lah nak memungutnya kembali. Makin larang makin menjadi pulak budak budak ni. Alang alang paip pvc yang suami guna untuk baiki paip rumah bocor bulan lepas ada lagi berbaki makanya saya ambil untuk sediakan rak hanger baju.  Sesiapa yang nak cuba buat jugak boleh lah ke kedai hardware berhampiran rumah ye untuk beli peralatan. Rasanya kosnya lebih kurang 20 ringgit lebih lebih macam tu lah.


Sekarang jom tengok gambar yang saya kongsikan untuk mengetahui cara-cara nya :

DIY Rak Hanger Baju






Mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Semoga berjaya.