Resepi Cucur Manis Viral Tanpa Yis Tanpa Mauripan Tanpa Susu Tanpa Telur. Salam semua. Jamu apa untuk minum petang tadi ye. Saya dan keluarga makan jemput jemput manis bersama air teh o panas. Syukur laku keras walaupun guna bahan apa yang ada dekat dalam dapur sahaja. Sekejap sahaja anak anak dan suami habiskan. Kalau nak lagi sedap, boleh lah tambah sendiri bahan-bahan lain ikut selera masing-masing macam udang, kucai, bawang, taugeh dan lain lain yang sewaktu dengannya. Tapi tak payah lah letak gula tau.Letak garam je. Resipi turun temurun ni tau. Ada tak yang nak tau cara nak buat cekodok manis ? Jom tengok resepi cekodok manis mudah yang saya selitkan dekat bawah :   


Resepi Cucur Manis
Resepi Cekodok Manis


Resepi Cekodok Manis Simple

Bahan untuk resepi cekodok manis bulat :

Cekodok Manis Resepi
Cara Buat Cekodok Manis
Resepi Cucur Manis Kembung
Resepi Cucur Manis Kembung


  1. Tepung Gandum
  2. Gula secukup rasa
  3. Garam secukup rasa
  4. Soda Bikarbonat ( sikit je tau )
  5. Air secukupnya
Sukatan pandai pandai anggar sendiri okey





Cara Buat Cekodok Manis

Cara Buat Cucur Manis


Cucur Manis Viral
Cucur Manis Viral


  1. Masukkan tepung gandum dalam bekas atau mangkuk
  2. Masukkan gula
  3. Masukkan garam
  4. Masukkan sedikit bikarbonat, cukup hujung sudu kecil je. Jangan banyak sangat tau.
  5. Masukkan kan air secukupnya. Adunan jangan cair sangat ye, sedang sedang sahaja.
  6. Gaul rata dan sebati


Cara Buat Cekodok Manis Lembut


Step akhir, panaskan minyak. Sudukan adunan cekodok tadi ke dalam minyak tersebut. Goreng sampai warna bertukar kekuningan atau sampai masak. Angkat dan toskan minyak. Sekarang siap sedia untuk dihidangkan bersama sos cili, sambal bilis, gulai ayam atau gulai daging dan lain lain lagi atas meja makan bagi santapan anak anak mahupun kepada para tetamu yang datang ke rumah. Cara buat cekodok manis mudah je kan, selamat mencuba semua. Semoga berjaya. Salam dan jumpa lagi di lain kali.