Cara Kira Pointer STPM.  Salam semua. Result STPM bila keluar untuk tahun ini ye ? Saya sebenarnya adalah bekas salah seorang calon STPM. Sekolah mana itu rahsia. Sebelum tu, saya nak ucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menduduki peperiksaan STPM.  Apa-apa pun keputusan yang diperolehi nanti, harap terima dengan hati yang redha sebab kita semua dah buat yang terbaik. Lagipun peperiksaan STPM bukanlah segala-galanya.  Rezeki kita tiada siapa yang tahu. Ye tak ?

Untuk pengetahuan semua, GPA ( Gred Point Average atau dalam bahasa melayunya Purata Nilai Gred ) adalah nilai yang diperolehi secara purata terhadap keputusan yang kita dapat untuk satu semester.

Manakala CGPA ( Cumulative Gred Point Average atau Purata Nilai Gred Kumulatif ), diperolehi hasil nilai purata keputusan yang kita perolehi bagi semua semester yang telah kita duduki.

Senang cerita dan mudah faham, GPA untuk satu semester sahaja dan CGPA untuk kesemua semester yang kita duduki.

Sekarang, jom saya kongsikan cara pengiraan markah stpm seperti mana yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia ( MPM ) :

Cara Kira Pointer STPM Terkini
Kaedah Kira Pointer STPM

Cara Kira Pointer STPM Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia

Cara Kira Result STPM :

Ini adalah salah satu cara untuk mengira pointer  Sijil Pelajaran Tinggi Peperiksaan Malaysia 

Contoh semester satu, anda dapat  A- = 3.67 untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, jadi pointer anda boleh anda bahagi dengan jumlah pointer iaitu 4.00 darab wajaran sem 1 33 .

Contoh Pengiraan Pointer STPM

Contoh : Semester 1=  3.67 ÷ 4.00 × 33 = 30.2
Semester  2 =   18
Semester 3  =   17
PBS            =    25

Anda tambah semua 30.28 + 18 + 17 + 25 = 90.28.

Jumlah markah keseluruhan anda adalah 90.28. Untuk tahu gred yang anda perolehi, anda boleh rujuk pada gambar diatas. Begitulah juga cara pengiraan untuk subjek yang lain. Diharap perkongsian mengenai cara pengiraan markah STPM diatas dapat membantu dan memberi sedikit manfaat. Dan jangan lupa bantu kami sebarkan mengenai cara kira markah keseluruhan STPM kepada kawan-kawan yang lan juga ye. Selamat mencuba.

> Cara Kira Markah Matematik Spm   
> Cara Kira Markah Sejarah Spm