Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Sedap. Seminggu cuti sekolah asyik makan kenduri sahaja. Dan, salah satu menu paling femes masa kenduri kahwin adalah lauk ayam masak merah pengantin. Ayam masak merah kenduri sedap, kalau makan mesti nak tambah tapi malu sebab ramai mata yang memandang. Jadi, hari ini saya masak ayam masak merah ala kenduri kawin. Resepi ayam masak merah simple sahaja yang saya guna :

Ayam Masak Merah Kenduri
Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin


Resepi Ayam Masak Merah Tanpa Santan

Bahan untuk resepi ayam masak merah tanpa susu cair :

  1. Ayam (cuci bersih dan perap bersama garam kunyit)
  2. Sos cili
  3. Serbuk perasa
  4. Gula
  5. Air setengah cawan


Bahan kisar :

  1. Segenggam cili kering
  2. Sebiji bawang besar
  3. Tiga batang serai (yg putih saja)
  4. Sebesar ibu jari lobak
  5. Sebiji tomato
  6. Sebesar ibu jari halia
  7. Sesudu minyak masak


Cara Masak Ayam Masak Merah Kenduri

Cara-cara membuat ayam masak merah kenduri :

  1. Goreng perapan ayam tadi separuh masak
  2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak
  3. Masuk kan ayam goreng ..
  4. Masukkan air setengah cawan, sos cili, serbuk perasa dan gula. 
  5. Kacau dan rasa sikit untuk seimbangkan rasa.
  6. Biarkan mendidih sampai masak. 


Sekarang siap ayam masak merah kenduri. Lobak dengan tomato yang digunakan akan mencantikkan warna dan rasa ayam masak merah jadi kita sudah  tak payah letak susu cair atau santan dah. Selamat mencuba.

1 comment:

nurulsham Saidin said...

Sedap ni... bilalah nak buat ye ayam masak merah ni..huhu

Post a Comment

×