Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin Sedap Mudah Simple Tanpa Santan. Seminggu cuti sekolah asyik makan kenduri sahaja. Dan, salah satu menu paling femes masa kenduri kahwin adalah lauk ayam masak merah pengantin. Ayam masak merah kenduri sedap, kalau makan mesti nak tambah tapi malu sebab ramai mata yang memandang. Jadi, hari ini saya masak ayam masak merah ala kenduri kawin sendiri untuk santapan ahli rumah. Resepi ayam masak merah kenduri simple sahaja yang saya guna, yang nak cuba boleh ambil resepi ayam masak merah kenduri tanpa santan dan tanpa susu cair dibawah ya :


Ayam Masak Merah Kenduri
Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin


Resepi Ayam Masak Merah Kelantan Tanpa Santan Ala Kenduri Kahwin


Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Kawin
Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Sedap



Ayam Masak Merah Kenduri Recipe
Ayam Masak Merah Kenduri Resepi



Bahan untuk resepi ayam masak merah tanpa susu cair :

  1. Ayam (cuci bersih dan perap bersama garam kunyit)
  2. Sos cili
  3. Serbuk perasa
  4. Gula
  5. Air setengah cawan

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Sedap
Ayam Masak Merah Kenduri Sedap


Bahan kisar :

  1. Segenggam cili kering
  2. Sebiji bawang besar
  3. Tiga batang serai (yg putih saja)
  4. Sebesar ibu jari lobak
  5. Sebiji tomato
  6. Sebesar ibu jari halia
  7. Sesudu minyak masak

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Kelantan
Ayam Masak Merah Kenduri Kelantan


Cara Masak Ayam Masak Merah Kenduri

Cara Masak Ayam masak merah kelantan ;

  1. Goreng perapan ayam tadi separuh masak
  2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak
  3. Masuk kan ayam goreng ..
  4. Masukkan air setengah cawan, sos cili, serbuk perasa dan gula. 
  5. Kacau dan rasa sikit untuk seimbangkan rasa.
  6. Biarkan mendidih sampai masak. 
Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Simple
Ayam Masak Merah Kenduri Simple


Sekarang siap ayam masak merah kenduri. Lobak dengan tomato yang digunakan akan mencantikkan warna dan rasa ayam masak merah jadi kita sudah  tak payah letak susu cair atau santan dah. Cara membuat ayam masak merah kenduri mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi dilain hari.