Resepi Bahulu Kemboja Sukatan Cawan Original Asli Tradisional

Resepi Bahulu Kemboja Bakar Sukatan Cawan. Siapa orang Selangor? Mesti menjadi kegemaran anda kuih baulu kemboja kan. Jom saya nak kongsikan resepi kuih bahulu kemboja yang sedap, lembut dan tahan lama. Resepi bahulu kemboja asli turun temurun dari arwah nenek saya yang menjadi salah satu sumber pendapatannya. Sekarang mak saya pula pakai untuk tanggung kami adik beradik.

Resepi Bahulu Kemboja Sedap
Resepi Bahulu Kemboja


Resepi Bahulu Kemboja Sedap Mudah Ringkas Simple Original

  1. Tiga cawan gula
  2. Satu cawan telur
  3. Satu cawan tepung
  4. Dua cawan santan
  5. Daun pandan


Cara Membuat Bahulu Kemboja

Cara buat kuih bahulu kemboja :

  1. Campurkan gula dan telur didalam mangkuk,
  2. Ramaskan gula dengan telur menggunakan daun pandan sampai gula hancur dan warna daun pandan keluar, 
  3. Masukkan santan dan tepung,
  4. Kacau sebati
  5. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 160 selama lima belas minit atau sampai masak.


Insyaallah.bahulu kemboja boleh tahan selama seminggu. Berbeza dengan kuih bakar pandan kerana kuih bakar lebih kepada penggunaan tepung dan hanya mamapu tahan sehari sahaja diluar sebelum menjadi basi.Selamat mencuba.

1 comment:

hamim said...

Yang ini betul resepi bahulu kemboja asli, yang selalu tu macam kuih bengkang dimasak guna acuan bahulu kemboja, arwak mak saya dulu guna sukatan mangkuk, acuanya acuan tembaga, memasak guna api sabut kelapa yang dibakar diatas penutup acuan diletak tudung periuk dan diletak sabut yang dibakar, kuih ni selalunya boleh dibeli dibazar Ramadan diSabak Bernam dan Sungai Panjang, sekarang ni tak tahulah boleh jumpa lagi ke tidak.

Post a Comment