Resepi Kuih Karas Sukatan Cawan  Tradisional  Original Asli. Dah lama rasanya tak makan kuih karas rangup, rapuh, lembut dan sedap. Orang kedah mesti suka makan kuih karas. Resepi kuih karas tradisional turun temurun keluarga saya. Setiap kali nak sambut hari raya mesti mak sibuk buat kuih karas dulu sebab ayah suka makan. Jom saya kongsikan resepi kuih karas mudah :

Resepi Kuih Karas Sedap
Resepi Kuih Karas Tradisional


Resepi Kuih Karas Sedap Rangup Gebu Goreng Crunchy

Bahan untuk resepi kuih karas simple :

  1. Satu bungkus tepung beras
  2. Dua cawan gula ( kurangkan jika tak suka manis )
  3. Tiga cawan air
  4. Minyak masak


Cara Buat Kuih Karas

Cara cara membuat kuih karas :

  1. Ayak tepung serta gaulkan bersama gula, 
  2. Masukkan air, Kacau sampai sebati.
  3. Panaskan minyak. 
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan kuih karas 
  5. Tuang adunan di dalam kuali macam cara nak buat roti jala
  6. Apabila warna kuih karas  agak kekuningan, angkat serta lipat dengan segera. Toskan.
  7. Ulang sampai habis adunan.

Bagi mengelak kuih karas masuk angin atau menjadi lemau, sila simpan dalam bekas yang kedap udara. Cara nak buat kuih karas mudah je kan. Selamat mencuba semua.

> Resepi Kuih Karas Bihun Sedap Rangup Manis Mudah