Resepi Kuih Mochi Kacang Merah Jepun Sukatan Cawan. Orang ramai tengah susah hati dan bising sebab kerajaan naikkan harga mnyak masak. Tak lama lagi gas pulak naik harga. Pening rakyat kalau terus macam ni. Tapi susah hati macam mana pun, hidup perlu diteruskan dan perut tetap perlu diisi. Jadi, jom kita buat kuich mochi yang sedap dan mudah. Resepi kuih mochi simple sangat, tak payah goreng, tak payah tumis, tak payah kukus memang menjimatkan gas dapur.Saya lampirkan sekali resepi mochi jepun sukatan cawan.

Resepi Kuih Mochi Sedap Sukatan Cawan
Resepi Kuih Mochi Sukatan Cawan



Resepi Kuih Mochi Jepun Sukatan Cawan Mudah Simple

Kuih Mochi Resepi
Kuih Mochi Jepun Resepi


Bahan untuk resepi kuih mochi sedap :

  1. Satu setengah cawan tepung pulut
  2. Setengah cawan tepung jagung
  3. Satu per empat cawan gula
  4. Satu cawan air
  5. Sedikit pewarna pilihan
  6. Inti Kacang Merah/ Inti Coklat/ Inti Nutella

Cara Buat Kuih Mochi

Cara Membuat Mochi Jepun
Cara Buat Mochi Jepun


Cara cara membuat kuih mochi :


  1. Masukkan tepung pulut, air dan gula ke dalam bekas dan masukkan ke dalam microwave selama dua minit. Kalau adunan sudah bertukar warna dari putih tepung kepada putih kekuningan seperti kuih koci selepas kukus kiranya adunan sudah menjadi. Tapi kalau adunan masih putih tepung bukan putih kekuningan, masukkan kembali ke dalam microwave lagi 30 saat.
  2. Kemudian kacau sebati sampai adunan menjadi kental.
  3. Jika nak buat kuih mochi warna warni, asingkan adunan kuih mochi kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna pilihan.
  4. Taburkan tepung jagung pada dulang serta letakkan adunan mochi di atasnya.
  5. Tarik atau potong adunan kuih mochi dan leperkan. 
  6. Letak inti  kacang merah pada bahagian tengah kuih mochi. Tutup, gentel bulat.
  7. Ulang sampai habis adunan.
  8. Golekkan kuih mochi di dalam tepung jagung ( snow sugar pun boleh ) dan boleh terus dimakan.

Kalau nak sedap lagi, simpan dalam peti ais. Makan masa tengah sejuk sejuk. Cara membuat mochi jepang mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.