Cara Simpan Sayur Tanpa Peti Ais Supaya Tahan Lama Kekal Segar. Salam semua. Apa khabar ? Saya disini baik-baik sahaja. Harap semua pun baik-baik je okey. Masa cuti sekolah tahun lepas, saya dan keluarga ada kampung untuk menghadiri kenduri kat sana. Petang tu, saya jalan-jalan kat kampung dan terjumpa dengan seorang mak cik yang sedang berkebun di halaman rumah dia. Saya lupa nama dia apa. Nantilah kalau balik kampung sekali lagi tanya mak nama mak cik tu apa. Walaupun kali pertama kami berjumpa tapi dah macam kenal lama. Dalam duk sembang, saya tanyalah dengan mak cik tu macamana orang dulu-dulu simpan sayur. Al maklumlah zaman dulu mana nak ada peti ais bagai. Dia pun terangkan satu per satu kat saya. Saya pun balik rumah terus cuba buat. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Kepada mereka-mereka yang baru berpindah rumah, peti sejuk rosak ataupun rumah yang mengalami black out. Mungkin boleh cuba kot cara menyimpan sayur tanpa peti ais supaya tahan lama dan kekal segar berikut :

Cara Simpan Sayur Tanpa Peti Sejuk
Cara Simpan Sayur Tanpa Peti Ais

Cara Simpan Sayur Tanpa Peti Sejuk Agar Tahan Lama Kekal Segar

Cara menyimpan sayur tanpa peti sejuk supaya tahan lama dan kekal segar :

Cara Simpan Sayur Tanpa Peti Sejuk
Cara Menyimpan Sayur Tanpa Peti Sejuk


Mula-mula, rendamkan hingga tenggelam semua sayur-sayuran selama lima hingga sepuluh minit. Bagi sayur macam bayam dan kangkung biasanya akan diasingkan sebab berpasir. Biarkan akarnya, jangan dipotong. Apabila nak masak nanti barulah potong dan bersihkan sekali lagi.



Taburkan garam sikit sambil cuci macam biasa. Garam yang kita letak ni akan berfungsi sebagai pencuci bahan-bahan kimia dan serangga yang terdapat pada sayur. Rendamkan sekejap dalam air garam lebih kurang dalam sepuluh minit.



Selepas itu, toskan sayur tersebut dan biarkan selama lima minit.



Sediakan bekas kedap udara dan masukkan sayur-sayuran tersebut ke dalamnya. Jika nak jimatkan ruang, pakai ziplock bag.



Inilah hasilnya, tengok gambar atas, selepas saya simpan sayur tanpa peti ais selama dua minggu. Seperti tak percaya kan, masih segar dan elok macam baru beli di pasar. 


Semoga perkongsian mengenai petua simpan sayur tanpa peti ais diatas dapat memberi sedikit manfaat. Jangan lupa untuk kongsikan tips simpan sayur tanpa peti sejuk dengan orang lain juga ya. Salam dan selamat mencuba.