Resepi Rendang Nasib Mudah Simple Ringkas Paling Sedap.  Malam tadi kami satu keluarga pekena rendang nasib. Ini semua  gara gara ibu diaorang telah terpengaruh dengan drama Kekasih Paksa Rela yang disiarkan di TV3. Apa itu rendang nasib ? Rendang nasib dengar cerita dapat nama hasil dari gabungan tiga bahan mentah utamanya iaitu daging, limpa dan hati. Entah macamana boleh lekat nama rendang nasib saya pun tak tahu sebab belum teroka betul-betul tentang sejarah rendang nasib ni. Nantilah kot kalau ada masa terluang saya cari benda tu semua. Ada yang nak tau cara masak rendang nasib ? Sekarang, jom saya kongsikan resepi rendang nasib yang mudah dan sedap :


Rendang Nasib
Resepi Rendang Nasib


Resepi Rendang Nasib Sedap Mudah Simple Ringkas Viral

Bahan untuk resepi rendang nasib simple :



Rendang Nasib Sedap
Rendang Nasib Resepi

Bahan A

  1. Daging
  2. Hati
  3. Paru


Bahan B : Bahan kisar

  1. Bawang merah
  2. Bawang putih
  3. Cili
  4. Serai
  5. Kunyit
  6. Halia

  • Blend semua bahan diatas


Bahan C

  1. Santan
  2. Daun kunyit
  3. Garam
  4. Kerisik
  5. Asam keping
  6. Daun limau purut

Cara Buat Rendang Nasib

Cara membuat rendang nasib :

  1. Tumis bahan kisar sampai naik bau
  2. Masukkan santan dan daun kunyit
  3. Masak hingga santan naik minyak
  4. Masukkan daging, hati dan limpa
  5. Bila dah nak kering, masukkan kerisik, garam, asam keping dan daun limau purut.
  6. Kacau bagi sebati
Step akhir, biarkan hingga kering atau mendapat kepekatan kena dengan selera kita. Sekarang, siap untuk dihidangkan bersama nasi putih. Cara nak buat rendang nasib mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.