Resepi Cornflakes Coklat Tanpa Oven Biskut Raya Simple Mudah Dan Sedap Rangup Moden Terkini. Assalamualaikum semua. Petang ini saya nak kongsikan resepi biskut cornflakes coklat  tanpa bakar. Guna periuk nasi je tau. Anak-anak pasti suka makan. Mudah dan sedap. Resepi cornflake tanpa bakar ni saya ambil dari sepupu saya di kampung. Carar nak buat cornflakes coklat rice cookers kena pastikan sentiasa keep warm agar coklat tak cepat sejuk dan beku. Satu lagi tips penting kepada mereka yang belum tahu, coklat masakan yang masih belum kita guna jangan simpan dalam peti sejuk. Biarkan berada pada suhu bilik. Kalau takut semut datang, simpan dalam tupperware elok-elok. Bukan apa, jika kita simpan dalam peti ais coklat yang belum digunakan tu nanti coklat susah nak cair dan dibekukan balik semasa proses salutan pada biskut cornflakes.

Resepi Cornflake Coklat Tanpa Bakar
Resepi Cornflakes Coklat Tanpa Bakar



Resepi Biskut Cornflakes Coklat Tanpa Bakar Tanpa Oven

Bahan untuk resepi biskut cornflakes tanpa oven :

Cornflake Coklat Tanpa Bakar
Cornflakes Coklat Tanpa Bakar


Bahan A 

  1. Cornflakes
  2. Coklat masakan
Sukatan agak-agak ye janji seimbang kedua dua bahan diatas


Bahan B

  1. Bebola gula
  2. Cawan atau Cup


Cara Buat Cornflakes Coklat

Cara Membuat Cornflakes Coklat Tanpa Oven


1. Cairkan coklat masakan. ( Tak perlu bahan lain )

Biskut Cornflake Tanpa  Bakar
Biskut Cornflakes Tanpa  Bakar


2. Kacau hingga cair. ( Gunakan cook dulu..Bila dah coklat dah cair kalau button keep warm belum terangkat, sila angkat sendiri sebab jika lama sangat pada mode cook nanti  hangus pulak coklat tu ).

Resepi Biskut Cornflake Tanpa Oven
Biskut Cornflake Tanpa Oven



3. Masukkan cornflakes sedikit demi sedikit dan kacau kasi rata.
Resepi Biskut Cornflake Coklat Tanpa Oven
Resepi Biskut Cornflake Coklat Tanpa Bakar


4. Kaup balik hingga sebati

Resepi Cornflakes Coklat Tanpa Oven
Resepi Cornflake Coklat Tanpa Oven

Cornflake Coklat Tanpa Bakar Resepi
Cornflake Coklat Resepi


Step akhir, masukkan adunan cornflake chocolate tadi ke dalam cup serta taburkan bebola gula.Tak payah nak bakar ataupun masukkan dalam oven, biarkan kering dengan sendirinya. Dan, jangan juga masukkan dalam peti seju sebab nanti jadi lemau tak sedap nak makan. Sekarang siap, dah boleh simpan dalam bekas kedap udara. Cara buat cornflakes coklat tanpa bakar mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lain di lain hari. Selamat hari raya semua.

> Resepi Cornflakes Madu Tanpa Bakar Tanpa Oven Rangup