Resepi Bubur Asyura Kedah Asli Original Tradisional Versi Utara Mudah Sedap Simple. Setiap kali awal muharram, rumah saya wajib buat bubur asyura kedah yang mudah dan sedap ini. Resepi bubur asyura utara ori saya dapatkan dari ibu mertua tercinta. Gotong royong bersama anak-anak di dapur tadi. Makan untuk keluarga sikit dan lebihan kita sedekahkan kepada jiran-jiran satu kampung. Ada yang suka tak ? Nak cuba bubur asyura versi kedah ? Jom saya kongsikan resepi bubur asyura utara simple :
Bahan untuk resepi bubur asyura kedah sedap :
- Satu kilogram tepung beras
- Setengah kilogram gula putih
- Setengah kilogram gula merah
- Satu cawan gula apong (jika ada)
- Setengah kilogram kacang kuda
- Setengah kilogram kacang hijau
- Sepuluh biji pisang emas
- Tiga tongkol jagung
- Satu setengah kilogram santan( kalau nak lagi lemak, sila lebihkan santan)
- Empat liter air kosong
- Garam sikit
- Bahan tambahan macam keledek, lobak merah dan yang sewaktu dengannya. ( nak letak boleh, tak nak letak pun boleh )
- Rendam semua jenis kacang.
- Rebus kacang hingga empuk.
- Cairkan gula merah bersama sedikit air serta tapiskan
- Bancuh tepung dengan air hingga cair.
- Panaskan kuali atau kawah atau periuk pun boleh.
- Masukkan santan ke dalam tepung yang telah kita bancuh tadi
- Masukan gula putih, gula merah,gula apong dan garam
- Masukkan semua kacang dan jagung.
- Sentiasa kacau sampai bancuhan tersebut menjadi pekat ( api dapur perlu di jaga takut hangit di bahagian bawah)
- Apabila sudah pekat dan masak dengan elok, masukkan masukkan pisang yang telah siap kita potong tadi.
Resepi Bubur Asyura Kedah Sukatan Cawan |
Step akhir, tuang ke dalam talam dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Dah sejuk, baru potong. Alhamdulillah siap untuk dihidangkan kepada ahli keluarga dan jiran tetangga. Cara nak buat bubur asyura utara mudah je kan, selamat mencuba semua. Semoga berjaya dan jumpa lagi di lain hari. Salam.
> Resepi Bubur Asyura Kedah Sukatan Cawan
0 Comments