Resepi Bubur Lambuk Terengganu Sukatan Cawan Guna Periuk Noxxa  Mudah Dan Sedap Simple Asli Original Tradisional.  Masak apa hari ini ? Saya masak bubur lambuk versi terengganu yang sedap dan mudah untuk kami sekeluarga mengalas perut. Dah lama teringin nak makan sebenarnya, dari sebelum bulan ramadhan lagi tapi apakan daya ada sahaja halangan sehari demi sehari. Sekarang bila sudah ada sedikit ruang dan bahan-bahan untuk buat bubur lambuk terengganu cukup lengkap, tanpa buang masa terus bersilat dekat dapur. Saya paling suka makan bubur lambuk terengganu dan yang paling penting sekarang cara buat bubur lambuk simple sahaja kerana saya guna noxxa pressure cooker. Ada yang nak tau tak cara memasak bubur lambuk terengganu ? Jom saya kongsikan bubur lambuk resepi mudah :

Bubur Lambuk Terengganu Noxxa
Resepi Bubur Lambuk Terengganu Noxxa


Resepi Bubur Lambuk Terengganu Asli


Bubur Lambuk Terengganu Recipe
Bubur Lambuk Terengganu Resepi


Bahan A


  1. Dua cawan beras
  2. Sepuluh cawan air
  3. Satu cawan santan pekat
  4. Dua ekor ikan kembung  (rebus, buang tulang dan ambil isi nya sahaja )
  5. Dua sudu besar lada hitam  ( tumbuk atau blend )
  6. Lima biji bawang merah ( hiris)
  7. Dua ulas bawang putih ( hiris )


Bubur Lambuk Terengganu Ori
Bubur Lambuk Terengganu Asli



Bahan B : Bahan Ulam-ulaman


  1. Daun kaduk
  2. Daun cekur manis
  3. Daun kesom
  4. Daun kemangin
  5. Daun kunyit
  6. Pucuk paku
  7. Pucuk Midin
  8. Pucuk Ubi
  9. Kangkung
  10. Ubi keledek ( saya letak setengah kilo )
  11. Dan lain-lain yang sewaktu dengannya.


Cara Masak Bubur Lambuk Terengganu Guna Periuk Noxxa
Cara Buat Bubur Lambuk Terengganu Guna Periuk Noxxa


Cara Buat Bubur Lambuk Terengganu

Cara Masak Bubur Lambuk Terengganu :


  1. Masukkan beras, ubi keledek, air dan garam ke dalam periuk noxxa
  2. Seterusnya, tutup periuk dan laraskan tombol ke arah Pressure. Tekan High Pressure 25 minit dan ON.
  3. Apabila periuk berbunyi tit-tit, laraskan tombol ke arah Steam serta lepaskan wap tekanan. 
  4. Apabila tiada bunyi berdesir, tekan OFF dan buka tudung periuk.
  5. Kemudian, masukkan santan, isi ikan selayang, lada hitam dan ulam ulaman ke dalam bubur nasi tersebut.


Bubur Lambuk Terengganu Tanpa Santan
Bubur Lambuk Terengganu Noxxa


Step akhir ,tekan Stir Fry dan kacau sampai sayur layu. Tekan OFF. Siap untuk dihidangkan kepada anak-anak di rumah. Cara buat bubur lambuk terengganu noxxa mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.