Resepi Ubi Getuk Goreng Mudah Rangup Crispy Sukatan Cawan Simple Paling Sedap. Rezeki makan malam kami sekeluarga tadi iaitu getuk ubi goreng yang mudah dan sedap. Ubi kayu pemberian jiran sebelah rumah. Menurutnya singkong tersebut di ambil di kebun dekat kampung mak mertua. Apa apa pun terima kasih daun keladi. Ubi kayu saya tak guna semua, separuh saya simpan. Jika ada nak tau cara menyimpan ubi kayu yang sudah dikupas agar tahan lama adalah dengan cara parut ubi kayu, simpan dalam bekas atau plastik dan kemudiannya di frozen kan dalam peti sejuk. Insha Allah tahan setahun. Senang untuk dibuat bingka ubi kayu atau lepat ubi kayu bila ada masa terluang. Ada yang nak cuba ? Jom saya kongsikan resepi getuk ubi kayu sukatan cawan yang garing, rangup dan sedap ;

Resepi Ubi Getuk Goreng Sukatan Cawan
Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Sukatan Cawan


Getuk Ubi Kayu Recipe Resepi Sukatan Cawan Rangup Crispy

Bahan untuk resepi getuk ubi kayu sedap :

Ubi Getuk Goreng Sukatan Cawan
Resepi Ubi Getuk Goreng Sukatan Cawan


Bahan A

  1. Lima biji ubi kayu saiz sederhana besar
  2. Satu mangkuk kelapa parut ( ambil isi putih sahaja )
  3. Gula sesedap rasa
  4. Garam sesedap rasa



Bahan B : Salutan


  1. Tiga cawan tepung beras
  2. Tiga sudu makan tepung gandum
  3. Satu biji telur
  4. Garam sikit
  5.  Serbuk kunyit sikit
  6. Air sikit
  • Satukan semua bahan B diatas.
  • Air agak-agak je tau
  • Adunan hendaklah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
Cara Membuat Getuk Ubi Goreng
Cara Buat Getuk Ubi Goreng



Cara Buat Getuk Ubi Kayu Goreng

Cara Membuat Ubi Getuk Goreng
Cara Buat Ubi Getuk Goreng


Cara buat ubi getuk goreng ;

  1. Rebus ubi kayu bersama sedikit garam sampai agak empuk ( jangan terlalu lembik ya )
  2. Toskan seketika.
  3. Seterusnya, tumbuk atau lenyekkan ubi dengan gula sampai agak hancur.
  4. Gaul dengan kelapa parut.
  5. Ambil lebih kurang satu sudu adunan dan bulat-bulatkan.
  6. Celup dalam adunan bahan salutan yang telah kita sediakan tadi.

Getuk Ubi Recipe
Getuk Ubi Resepi


Step akhir, panaskan minyak dan goreng hingga warna bertukar kekuningan atau sampai masak. Siap sedia untuk dihidangkan kepada ahli rumah. Cara membuat getuk ubi kayu goreng mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali.

> Resepi Kuih Poli Ubi Kayu Kelantan Original